AKRAB JMG MENYANTUNI PESARA JMG

AKRAB JMG MENYANTUNI PESARA JMG

Wakil AKRAB JMG daripada beberapa negeri/stesen diketuai oleh Dr Hj Ismail bin Ibrahim selaku Pengerusi AKRAB JMG telah membuat kunjungan ke kediaman dua pesara JMG yang berada di sekitar Seremban, N. Sembilan. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha bagi mengeratkan silaturahim di antara warga JMG dan pesara JMG.

Kunjungan pertama adalah ke kediaman Tuan Haji Mohd Ros bin Abd Manap, mantan Pembantu Geosains Kanan dan kunjungan seterusnya ke kediaman Tuan Haji Abdullah Zawawi bin Amir, mantan Timbalan Ketua Pengarah JMG. Wakil AKRAB telah disambut dengan wajah yang ceria dan mereka berdua berterima kasih atas tanda ingatan daripada AKRAB JMG.

Kesempatan wakil AKRAB untuk bertanya khabar dan juga mendapat maklumat keadaan kesihatan masing-masing. Mereka berdua juga memuji usaha AKRAB menyantuni pesara JMG yang sedikit sebanyak dapat memberi semangat dengan kehadiran rakan-rakan yang sentiasa mengingati walaupun selepas persaraan. Semuga jalinan silaturahim ini berkekalan dan amalan ini dapat diteruskan dan diadaptasi sebagai salah satu aktiviti oleh AKRAB di setiap negeri/stesen.

 

Gambar lawatan ke kediaman Tuan Haji Mohd Ros

DSC 0035-min DSC 0039-min DSC 0052-min 

DSC 0054-min    DSC 0058-min    DSC 0082-minc

 

Gambar lawatan ke kediaman Tuan Haji Abdullah Zawawi

DSC 0112-min bDSC 0114-min cDSC 0123-min

aDSC 0126-min bDSC 0141-min cDSC 0142-min

 

 

Written by : nurzaidi