BICARA AKRAB – GANGGUAN MISTIK KE ATAS SPRITUAL MANUSIA

BICARA AKRAB – GANGGUAN MISTIK KE ATAS SPRITUAL MANUSIA

23 April 2018 – Pada perhimpunan bulan April, PPM, JMG telah mengadakan program Bicara AKRAB yang disampaikan oleh Dr Ismail Bin Ibrahim. Tajuk bicara AKRAB tersebut adalah Gangguan Mistik ke atas Spritual Manusia.

Objektif utama adalah bagi memberi penerangan berkenaan dengan masalah tingkahlaku dan peribadi individu dikaitkan dengan masalah spiritual.  Kebanyakkan daripada kita masih tidak mengenali punca masalah yang membelenggu kehidupan spiritual. Imam Al Ghazali menekankan aspek penerokaan dalam diri  sehingga mereka dapat mengenal pasti punca masalah yang dihadapi. Sekiranya masalah yang dihadapi oleh seseorang manusia sukar dirawat secara fizikal, umumnya ia dikaitkan dengan masalah dalaman berkaitan saka dan sihir. Oleh yang demikian pendekatan spiritual adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk mengesan masalah serta diikuti dengan rawatannya.

Ketahuilah, sesungguhnya pada diri manusia itu telah Allah SWT lengkapkan dengan kekuasaan ampuh yang dengannya bangsa jin yang sering mengganggu kehidupan manusia dapat ditundukkan dan sihir yang dikenakan dapat dimusnahkan.  Ini dikaitkan dengan rawatan ilmu-ilmu yang berdampingan dengan jin, menggunakan bahan-bahan & alat-alat tertentu serta mengamalkan bacaan ayat-ayat suci terpilih.  Malangnya manusia masih belum mengenal dirinya oleh itu potensi dirinya terhijab dari pengetahuannya

Written by : nurzaidi