Lawatan Ketua Pengarah JMG Malaysia ke JMG Negeri Sembilan / Melaka

Lawatan Ketua Pengarah JMG Malaysia ke JMG Negeri Sembilan / Melaka

Seremban, 7 Februari 2019 - Satu lawatan kerja oleh Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Haji Shahar Efendi bin Abdullah Azizi telah diadakan di JMG Negeri Sembilan / Melaka pada hari. Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Nizarulikram bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah  Cawangan Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi JMG Malaysia. Lawatan ini telah merapatkan silaturahim diantara kakitangan di JMG NSM dan Ketua Pengarah JMG Malaysia. 

Antara agenda yang telah dilaksanakan semasa program ini dijalankan adalah pembentangan status kemajuan aktiviti di JMG NSM yang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah, En Joanes bin Muda. Selain daripada itu, Tuan Ketua Pengarah telah disajikan dengan persembahan multimedia Aktiviti JMG NSM sepanjang tahun 2018 dan seterusnya adalah Ucapan dan Amanat daripada Tuan Ketua Pengarah sendiri. Tuan Ketua Pengarah turut telah meluangkan masa menjawap beberapa soalan yang telah diajukan oleh kakitangan kepada beliau.  

 

LAWATAN TAPAK CADANGAN PEMBINAAN SEKOLAH SK NAMPASAN, RANAU BERSAMA JKR SABAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN JABATAN PENDIDIKAN SABAH

LAWATAN TAPAK CADANGAN PEMBINAAN SEKOLAH SK NAMPASAN, RANAU BERSAMA JKR SABAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN JABATAN PENDIDIKAN SABAH

RANAU, SABAH (31 JANUARI 2019) : KHAMIS, Satu lawatan tapak bagi cadangan pembinaan sekolah rendah SK Nampasan di daerah Ranau telah dilaksanakan pada 31hb Januari 2019 di Kg. Nampasan, Ranau. Lawatan tapak ini telah dihadiri oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kerjaraya Sabah (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Sabah.

Baca selanjutnya

MESYUARAT TAKLIMAT SUMBER MINERAL SABAH DAN TEKNOLOGI PEMBANGUNAN MAPAN BIL. 1/2019

MESYUARAT TAKLIMAT SUMBER MINERAL SABAH DAN TEKNOLOGI PEMBANGUNAN MAPAN BIL. 1/2019

KOTA KINABALU JMG SABAH (30 JANUARI 2019) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi merancang satu Taklimat Sumber Mineral Sabah dan Teknologi Pembangunan Mapan yang mana dicadangakan pada awal bulan Mac 2019 bertempat di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu.   Mesyuarat dihadiri oleh Tuan Pengarah selaku Penasihat dan dipengerusi oleh Encik Webster Wong selaku Penyelia Projek. Manakala Encik DD Daulip Lakkui sebagai Penyelaras Projek (Ketua Projek). AJK lain yang turut hadir adalah Encik Paulius Godwin (KUGS), Encik Eddie Affandy Mohd Yusslee (KUPM - Protokol), Encik Fredolin Javino (komiti Arang Batu), En. Mazuan bin Roslan (Ketua Logistik), Encik Richard Clemen (Logistik), Puan K. Halimah bt Alis, Menanggung PPT & (Urusetia - Pentadbiran), Puan Vianni Vincent (Urusetia - Kewangan), Puan Besty Jenny Adim & Puan Normi Adok (Urusetia - IT), Encik Fiqria Haziq Ahyai Abdullah (Pemandu) dan Puan Lena Anggie (Setiausaha).

Taklimat ini dicadangkan khasnya untuk menyebarkan dan berkongsi maklumat dengan kerajaan Negeri Sabah serta agensi-agensi berkaitan untuk meningkatkan pengetahuan dan kerjasama dalam memelihara dan membangunkan kekayaan sumber alam ini secara mapan selaras dengan keperluan pembangunan yang sejagat yang dapat mengimbangi keperluan sosio-ekonomi masyarakat tanpa memudaratkan kepentingan alam sekitar.

Mesyuarat ini juga menyentuh objektif, kaedah penyampaian, kos dan faedah penganjuran untuk melancarkan program tersebut kelak.  

PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2019

PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2019

KOTA KINABALU (31 JANUARI 2019) : Majlis perhimpunan bulanan pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (Nephrite) yang dihadiri seramai 50 kakitangan terdiri dari kumpulan pelaksana dan pengurusan jabatan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Ebahrim bin Bedin dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku. Perutusan disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli.

Seperti tahun sebelumnya, pengucapan awam masih diteruskan di JMG, Sabah. Encik Fredolin Javino (Ketua Penolong Pengarah - Aktiviti Geologi Alam Sekitar) telah menyampaikan ilmu beliau iaitu bertajuk ‘4 Keperibadian Utama – Memahami diri sendiri untuk memahami sesama), manakala Puan Junidah binti Manggam (Pembantu Geosains – Makmal Eksplorasi Geokimia) berkongsi ilmu mengenai ‘Luka dan Pendarahan’ (Basic First Aid). Disamping itu, Puan Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat – Unit Pengurusan Maklumat) turut menyampaikan taklimat iaitu “Keselamatan ICT – online grooming). Majlis diakhiri dengan cabutan nama (pengucapan awam bagi perhimpunan bil.2/2019) dan Pengumuman terbuka dari En. Jaineh Lingi (Presiden KEMG) mengenai makan malam jabatan yang bakal diadakan pada bulan Mac 2019. Secara keseluruhannya majlis berjalan lancar dan penuh semangat walaupun dalam keadaan ‘black out’ sepanjang majlis dijalankan.  Penyelaras majlis dari Unit Pengurusan Maklumat.