PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2019

PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2019

31 Januari 2019, KUCHING – Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan bagi bulan Januari 2019 telah dianjurkan oleh Aktiviti Mineral berlogam, JMG Sarawak di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Perhimpunan bulanan telah dihadiri oleh 86 kakitangan dan 3 orang pelajar latihan industri.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu, Ibu PertiwiKu dan Lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan doa diketuai oleh En. Mohd Afiq bin Mohd Atan. Seterusnya diikuti oleh bacaan Perutusan Tahun Baharu 2019 Ketua Pengarah JMG Malaysia oleh En. Hilary Muyan Nicholas Thomas, Timbalan Pengarah JMG Sarawak. Memandangkan En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak menjalankan tugas luar maka perhimpunan pada bulan ini dikendalikan oleh En. Hilary Muyan Nicholas Thomas, Timbalan Pengarah JMG Sarawak. Antara perkara diutarakan adalah bajet Mengurus dan Projek Pembangunan, Pencapaian Tahun 2018, SKT 2019 dan pelaporan Kad Perakam dan Laporan EXINDA. Selain daripada beberapa peringatan tentang Pekeliling Dalaman, Tinta Integriti, Larangan Merokok di Kawasan Pejabat dan perancangan perolehan secara sebutharga dan tender. Seterusnya perkongsian foto-foto aktiviti anjuran dan luar jabatan yang telah dihadiri oleh kakitangan JMG Sarawak sepanjang bulan Disember 2018 dan Januari 2019.

Majlis perhimpunan bulanan bulan Januari 2019 diakhiri dengan penerangan Projek ECER oleh En. John Joseph Jinap dan disusuli oleh tayangan video Projek ECER.

1

2

Written by : Marina M