LAWATAN TAPAK CADANGAN PEMBINAAN SEKOLAH SK NAMPASAN, RANAU BERSAMA JKR SABAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN JABATAN PENDIDIKAN SABAH

LAWATAN TAPAK CADANGAN PEMBINAAN SEKOLAH SK NAMPASAN, RANAU BERSAMA JKR SABAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN JABATAN PENDIDIKAN SABAH

RANAU, SABAH (31 JANUARI 2019) : KHAMIS, Satu lawatan tapak bagi cadangan pembinaan sekolah rendah SK Nampasan di daerah Ranau telah dilaksanakan pada 31hb Januari 2019 di Kg. Nampasan, Ranau. Lawatan tapak ini telah dihadiri oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kerjaraya Sabah (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Sabah.

Antara tujuan lawatan ini adalah untuk menilai kesesuaian tapak bagi pembinaan sekolah tersebut. Pegawai JMG Sabah yang telah hadir semasa lawatan tapak ini adalah En. Bailon Golutin (Penolong Pengarah Kanan).

Sumber Maklumat dan Foto : En. Bailon Golutin