KUNDASANG, SABAH (26 FEBRUARI 2019) : SELASA, Program Penilaian Kinabalu Geopark hari ke-3 bermula dengan lawatan ke Geotapak kerak lautan kuno yang mewakili batuan dasar Borneo Utara yg terletak di Kg. Garas Jalan Ranau-Kota Marudu, penilaian diteruskan di Walai Tobilung Culture Village bagi melihat budaya dan tradisi tempatan masyarakat Dusun Tobilung
Di sini kami dipersembahkan dengan budaya komuniti oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah kawasan kampung ini yang terletak di Daerah Kota Marudu. Jam 2 petang penilaian diteruskan di Kota Belud, Topi Raja Geotourism merupakan Asimilasi Geowarisan dengan sosio-ekonomi komuniti bagi melihat batu yang terbentuk seperti topi dengan bentuk yang unik boleh menjadi tarikan pelancong.
Mereka yang terlibat dengan program ini juga adalah Jawatankuasa Pelaksana (JKP) Geopark Kinabalu. Mereka adalah Prof. E. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Dr. Kamal Roslan Mohamed, Dr. Tanot Unja (Ketua Penilai), Dr. Sharina Abdul Halim (Penilai),Dr. Nobert Simon (Pemerhati JKP), Dr. Dana Badang (Pemerhati JKP), Dr. Maklarin Lakin (Pemerhati TTS), Dr. Felix Tongkol (Pakar Penasihat Kinabalu Geopark), Prof. Dr. Che Aziz (Pakar Geologi), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (Pakar Geologi), wakil dari Taman-Taman Sabah (En. Ludi Apin, Pn. Rimi Repin, En. Yassin Miki, En. Justinus Guntabid dan Pn. Maureen J. Tapuong), wakil-wakil dari JMG Sabah (En. Paulius Godwin – Timbalan Pengarah Geosains, Pn. Jenneth Cyril – Ketua Penolong Pengarah, En. Farid bin Zainudin – Penolong Pengarah Kanan, En. Mison Ajum – Penolong Pengarah, En. Malai Osman bin Malai Mohamad – Pembantu Geosains, En. Fiqria Haziq – Pemandu dan Een. Mohd. Azrol bin Hanaffi – Pemandu).
Sumber maklumat dan foto : Pn. Jenneth Cyril, En. Farid bin Zainudin dan En. Mison Ajum
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/program-penilaian-kinabalu-geopark-sebagai-geopark-kebangsaan-day-3-26-02-2019#sigProIda94ae3d320