Kuala Terengganu, 18 Januari 2016. JMG Terengganu telah didatangi oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi yang baru iaitu, Dr. Vijayan A/L V.V Rajan yang turut diiringi oleh Pengarah Pusat Penyelarasan Operasi (PPO) iaitu Tn. Haji Halim b. Hamzah untuk melawat pejabat JMG Terengganu buat pertama kali selepas memegang jawatan tersebut. Lawatan tersebut adalah kali pertama beliau sebelum dan selepas dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) petikan dari ucapan beliau. Warga JMG Terengganu juga bertuah kerana JMG negeri yang pertama di lawati secara rasmi oleh beliau sejak memegang jawatan tersebut beberapa bulan yang lalu.
Dalam ucaptamanya juga beliau berjanji akan cuba membuat beberapa penambahbaikan JMG kearah yang lebih cemerlang dan gemilang. Ini kerana beliau adalah TKP yang paling singkat memegang jawatan ini dan dijangkakan akan bersara pada pertengahan tahun hadapan.
Warga JMG Terengganu juga dapat berdialog secara terus dengan TKP dan mendapat gambaran yang jelas serta info-info terkini tentang perancangan JMG dimasa hadapan. Pertemuan yang singkat ini berakhir dengan jamuan makan tengahari.