
IPOH, 14 Februari 2025: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah mengadakan Latihan Lanjutan Penggunaan Peralatan “Total Carbon Sulphur Analyzer, LECO SC832 (TCSA)” di makmal BPT. Peralatan TSCA ini telah diperolehi oleh Makmal melalui perlaksanaan Projek Naiktaraf Makmal JMG Ipoh.
Perolehan peralatan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kepantasan analisis mineral bagi unsur Sulfur melalui penggunaan teknologi automasi terkini di Makmal.
Latihan lanjutan selama dua (2) hari ini berlansung di Makmal Instrument, Cawangan Perkhidmatan Makmal, BPT Ipoh.
Tujuan latihan lanjutan ini ialah bagi melahirkan lebih ramai pakar analisis di makmal yang berkeupayaan mengendalikan peralatan canggih yang baru diperolehi ini.
Lebih menarik pakar yang memberi latihan lanjutan bagi komponen teori dan praktikal untuk program ini merupakan Pegawai dari Makmal JMG sendiri iaitu ChM. Pn Akrimi Masua Binti Mohamad (Penolong Pengarah Kanan).
Program latihan lanjutan ini hanya dihadkan kepada tiga (3) peserta bagi tujuan tumpuan khusus kepada kepakaran penggunaan mesin. Para peserta terdiri daripada Pn Mariham Binti Yaacob (Penolong Pegawai Geosains), En Majdi Bin Bali (Pembantu Geosains Kanan) dan En Fakhrul Anwar Bin Noor Arman (Pembantu Geosains).
Pihak Makmal mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Akrimi (pengajar) dan ketiga-tiga kakitangan (peserta) yang terlibat atas kesudian berkongsi ilmu kepakaran dan komitmen serta tumpuan yang diberikan. Pihak Makmal juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Pengurusan BPT dan JMG atas kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan agenda pemodenan makmal.
Adalah diharapkan penganjuran latihan ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan melahirkan lebih ramai pakar yang berupaya mengoperasikan dengan cekap peralatan tercanggih dan terkini di makmal. Ianya sekaligus berupaya membantu mencapai sasaran KPI yang ditetapkan dalam peningkatan kualiti dan kepantasan pelaporan analisis bagi unsur berkaitan kepada pelanggan.