
KUANTAN, 6hb. Mei 2025: Bengkel Analisis Kandungan Emas menggunakan kaedah “Fire Assay” telah diadakan di Makmal Geokimia Kuantan selama dua hari bermula 6hb hingga 7hb. Mei 2025. Bengkel ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta iaitu 13 orang kakitangan dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) bersama dua orang pelajar latihan industri dan juga 10 orang dari Makmal Geokimia Kuantan. Program ini telah dirasmikan oleh En.Yusril A'mali bin Mohd Yusuf@Hamid, Penolong Pengarah Kanan, Makmal Geokimia Kuantan.
Antara tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang analisis emas menggunakan kaedah “Fire Assay” serta memberikan pengalaman baru kepada kepada para peserta. Bengkel ini juga telah berjalan lancar dengan sesi penerangan secara teori dan latihan pratikal yang dikendalikan oleh Ketua Seksyen Analisis Emas iaitu En. Muhammad Izzat Harith Bin Nordin, selaku Pegawai Geosains. Dengan adanya program seperti ini, adalah diharapkan dapat memberikan idea baru dalam pembangunan analisis emas yang lebih efisien dan berdaya saing untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan serta memajukan industri mineral negara,