Lawatan Delegasi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak

Lawatan Delegasi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak

IPOH, 7 Mei 2025:  Makmal BPT Ipoh, pada hari ini telah menerima kunjungan Delegasi dari Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Sarawak. Mereka terdiri dari sebelas orang wakil yang diketuai oleh Saudara Lim Beh Wei.

Delegasi ini telah diberikan taklimat di Bilik Mesyuarat Topaz dan kemudian dibawa untuk melawat kemudahan analsis Unsur Nadir Bumi (REE) di Makmal BPT. Delegasi ini telah disambut oleh Pegawai-pegawai Makmal yang diketuai oleh En. Mohamad Aswandi Ariff bagi pihak Pengarah Makmal dan termasuk Ketua-ketua Unit. Di Makmal mereka dibawa ke Bilik XRF dan Bilik ICPMS serta telah diberikan penerangan oleh En. Balachandar dan En Mohd Zahar Ibrahim.