Lawatan Kerja ke Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia

Lawatan Kerja ke Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia

KAJANG, 4 Julai 2024:  Hari ini seramai 10 orang pegawai serta kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Lawatan Teknikal ke Pusat Pembangunan Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia, Kajang.

Lawatan bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan pengurusan sisa beradioaktif yang digunapakai, prosedur keselamatan dan pengendalian bahan radioaktif

Kursus 'CAPACITY BUILDING OF ENERGY RESOURCES GOVERNANCE INITIATIVE (ERGI)'

Kursus 'CAPACITY BUILDING OF ENERGY RESOURCES GOVERNANCE INITIATIVE (ERGI)'

NEVADA, 29 Jun 2024:  Kursus 'Capasity Building of Energy Resources Governance Initiative (ERGI) telah diadakan di ERGI Academy, University of Nevada, Reno, Nevada, Amerika Syarikat. Seramai enam peserta dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah dipilih untuk menghadiri kursus tersebut. Mereka adalah En. Yusari Basiran (selaku Ketua Delegasi) dan En. Salehuddin Mohamad dari ibu pejabat JMG, En. Muhammad Izani Abu Samah (NRES), En. Mahat Sibun (JMG Perak), En. Mohd Zahar Ibrahim (Bahagian Perkhidmatan Teknikal) dan En. Afiq Apandi Abdul Aziz (Pusat Penyelidikan Mineral).

Baca selanjutnya

AUDIT LUAR MS ISO/IEC 17025:2017

AUDIT LUAR MS ISO/IEC 17025:2017

KUANTAN, 2 Julai 2024: Makmal Geokimia Kuantan telah menerima kunjungan Pegawai-pegawai dari Jabatan Standard Malaysia bagi menjalankan Audit Luar (External Audit (surveillance)) MS ISO/IEC 17025:2017 untuk tahun 2024. Para Pegawai Audit ini terdiri daripada ChM. Nur Hidayah Binti Faridul Amini selaku Ketua Audit dan ChM. Dr. Linda Ng Yian Yian selaku Pegawai Audit Teknikal. Program Audit Luar (External Audit (Surveillance)) ini perlu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun sekali dan ianya adalah salah satu element penting bagi pengekalan sijil akreaditasi MS ISO IEC 17025:2017.

KURSUS ISO 13528:2022 STATISTICAL METHODS FOR USE IN PROFICIENCY TESTING BY INTERLABORATORY COMPARISON (CAT04)

KURSUS ISO 13528:2022 STATISTICAL METHODS FOR USE IN PROFICIENCY TESTING BY INTERLABORATORY COMPARISON (CAT04)

SHAH ALAM, 23 Jun 2024:  Lima Pegawai Geosains Cawangan Perkhidmatan Makmal, BPT telah menghadiri KURSUS ISO 13528:2022 STATISTICAL METHODS FOR USE IN PROFICIENCY TESTING BY INTERLABORATORY COMPARISON (CAT04) bersama SIRIM Academy, bertempat di Hotel Concorde Shah Alam. Kursus bermula pada 23 Jun 2024 dan berakhir pada 24 Jun 2024. 

Baca selanjutnya

Audit Dalaman MS ISO IEC 17025:2017

Audit Dalaman MS ISO IEC 17025:2017

KUANTAN, 28 Mei 2024: Makmal Geokimia Kuantan telah menerima kunjungan pegawai Internal Audit dari Makmal BPT, Ipoh bagi melaksana program Audit Dalaman MS ISO IEC 17025:2017 bagi tahun 2024. Pegawai-pegawai Internal Audit ini diketuai oleh En. Sharizan Ibrahim selaku Ketua Audit, manakala Pn. Akrimi Masua Mohamad dan Pn. Nurul Husna Ismayatim selaku Pegawai Audit Teknikal. Program ini adalah salah satu unsur penting bagi pengekalan sijil akreaditasi MS ISO IEC 17025:2017. Audit bermula pada 28 Mei 2024 dan berakhir pada 29 Mei 2024.