KURSUS PENGURUSAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2025 ANJURAN BAHAGIAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM, JABATAN KERAJAAN TEMPATANKURSUS PENGURUSAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2025 ANJURAN BAHAGIAN PERUNDING KEJUR

Sungai Petani, 14-15 Mei 2025: Kursus Pengurusan Cerun anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan ini diadakan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peserta berkaitan kejuruteraan cerun, kerja-kerja penyiasatan tanah, kaedah-kaedah pembaikan cerun serta pendedahan kepentingan input geologi dalam penilaian cerun dan tanah runtuh. 2 orang pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal iaitu Dr Ferdaus bin Ahmad dan En. Mohd Farid bin Abdul Kadir telah dijemput sebagai penceramah dalam kursus 2 hari yang berlangsung di Dewan Auditorium Kompleks Sungai Merbok, Sungai Petani, Kedah. 

Baca selanjutnya

BENGKEL PEMURNIAN DAN TRANSFORMASI DATA BAGI PENGHASILAN PETA PENGKELASAN SUMBER PASIR DAN PETA SEDIMEN BERSEPADU PROJEK KAJIAN SUMBER PASIR LAUT NEGARA FASA 3 DI PERAIRAN LEPAS PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

IPOH, 10 Mac 2025:  Satu sesi perkongsian maklumat dan perbincangan teknikal telah berlangsung dengan jayanya pada 9 hingga 10 Mei 2025 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, melibatkan kerjasama erat antara Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), JMG Malaysia dan syarikat pelaksana, Spatialworks Sdn. Bhd.

Baca selanjutnya

4 Makmal, 1 Matlamat – Malaysia Menuju Standard Global REE

4 Makmal, 1 Matlamat – Malaysia Menuju Standard Global REE

IPOH, 13 Mei 2025: Beberapa makmal analsis Unsur Nadir Bumi (REE) maju setapak lagi di pentas antarabangsa apabila terlaksana satu projek kerjasama antara makmal-makmal analisis REE di Malaysia dan luar negara di dalam ISO WD 19456 Round Robin Project. Projek adalah bertujuan untuk melaksanakan kerjasama di dalam melaksanakan analisis REE secara bersama dengan menggunakan teknik dan peralatan ICPMS yang berbeza. Hasilnya akan digunakan untuk menilai keupayaan makmal masing-masing di dalam analsis REE dan matlamat akhir adalah untuk membangunkan kaedah analisis standard di peringkat antarabangsa.

Baca selanjutnya

Bengkel Analisis Kandungan Emas

Bengkel Analisis Kandungan Emas

KUANTAN, 6hb. Mei 2025:  Bengkel Analisis Kandungan Emas menggunakan kaedah “Fire Assay” telah diadakan di Makmal Geokimia Kuantan selama dua hari bermula 6hb hingga 7hb. Mei 2025. Bengkel ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta iaitu 13 orang kakitangan dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) bersama dua orang pelajar latihan industri dan juga 10 orang dari Makmal Geokimia Kuantan. Program ini telah dirasmikan oleh En.Yusril A'mali bin Mohd Yusuf@Hamid, Penolong Pengarah Kanan, Makmal Geokimia Kuantan.

Baca selanjutnya