KURSUS PENGURUSAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2025 ANJURAN BAHAGIAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM, JABATAN KERAJAAN TEMPATANKURSUS PENGURUSAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2025 ANJURAN BAHAGIAN PERUNDING KEJUR

KURSUS PENGURUSAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2025 ANJURAN BAHAGIAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM, JABATAN KERAJAAN TEMPATANKURSUS PENGURUSAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2025 ANJURAN BAHAGIAN PERUNDING KEJUR

Sungai Petani, 14-15 Mei 2025: Kursus Pengurusan Cerun anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan ini diadakan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peserta berkaitan kejuruteraan cerun, kerja-kerja penyiasatan tanah, kaedah-kaedah pembaikan cerun serta pendedahan kepentingan input geologi dalam penilaian cerun dan tanah runtuh. 2 orang pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal iaitu Dr Ferdaus bin Ahmad dan En. Mohd Farid bin Abdul Kadir telah dijemput sebagai penceramah dalam kursus 2 hari yang berlangsung di Dewan Auditorium Kompleks Sungai Merbok, Sungai Petani, Kedah. 


Peserta program yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia turut dibawa ke Titi Hayun yang merupakan antara kawasan yang terjejas teruk semasa tragedi bencana geologi aliran puing pada 18 Ogos 2021 bagi melihat sendiri kesan kemusnahan, mekanisme bencana geologi aliran puing dan kaedah mitigasi yang telah dijalankan di kawasan berkenaan. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia sentiasa komited dalam meningkatkan pemahaman agensi yang berkaitan berkenaan kepentingan input geologi khususnya dalam kerja-kerja penilaian bahaya dan risiko cerun serta pengurusan cerun yang lebih efektif. 

Written by : zahar