IPOH, 2 Ogos 2024: Kerja-kerja menaiktaraf Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Ipoh, telah mencapai 95% siap. Sehubungan dengan itu, hari ini telah diadakan gotong-royong memindah, menyusun, membersih makmal telah diadakan sebagai persiapan untuk melaksanakan perkhidmatan analisis seperti biasa.
KURSUS PENGURUSAN MEDIA SOSIAL
{rscomments on}Putrajaya, 30 Julai 2024: Hari ini telah berlangsung Kursus Pengurusan Media Sosial anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
MESYUARAT KICK-OFF PERKHIDMATAN SURVEI PERSAMPELAN SEDIMEN DAN KAJIAN ALAM SEKITAR BAGI PROJEK KAJIAN SUMBER PASIR LAUT NEGARA FASA 3B DI PERAIRAN LEPAS PANTAI KELANTAN DAN TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 23 JULAI 2024: Mesyuarat Kick-Off Perkhidmatan Survei Persampelan Sedimen Dan Kajian Alam Sekitar Bagi Projek Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3b di Perairan Lepas Pantai Kelantan Dan Terengganu telah diadakan di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, Terengganu untuk memperihalkan perancangan gerak kerja perkhidmatan yang akan dijalankan selama 8 bulan ini. Mesyuarat disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak.
LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH DAN ANGGOTA KELSTONE SDN. BHD. KE CAWANGAN PERKHIDMATAN MAKMAL, BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
IPOH, 12 JULAI 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah menerima lawatan daripada delegasi Kelstone Sdn. Bhd. yang beralamat di Kota Bharu, Kelantan.
KURSUS PENGENALAN MINERAL DAN MENDULANG
IPOH, 26 Julai 2024: Hari ini telah diadakan kursus Pengenalan Mineral dan Mendulang khusus kepada pegawai-pegawai serta kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak.