IPOH, 6 Jun 2017: Bahagian Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral Dan Geosains telah menganjurkan Bengkel Simposium Penggerudian BPT 2017 pada 6 hingga 8 Jun 2017.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi-aplikasi perkhidmatan penggerudian dalam bidang Geosains. Objektif lain ialah sebagai platform untuk membincangkan halatuju dan isu-isu semasa ke arah memperkasakan perkhidmatan geosains khususnya khidmat penggerudian.
Semasa bengkel, peserta diberi pendedahan kepada beberapa peralatan penggerudian serta fungsi masing-masing dan peserta diberikan tugasan serta membuat persembahan.
Antara tetamu dan penceramah yang dijemput ialah Pengarah JMG Kelantan serta Timbalan-timbalan Pengarah Negeri serta wakil wakil JMG negeri-negeri.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/bengkel-simposium-penggerudian-jmg-2017#sigProId40d0f4316a