PROGRAM 10 MINIT JOM BACA

PROGRAM 10 MINIT JOM BACA

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit atau Let’s Read Together for 10 Minutes merupakan satu program murni yang pertama kali diadakan dalam sejarah Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Ia merupakan inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk bersama-sama meningkatkan tabiat serta budaya membaca di kalangan masyarakat.

Terinspirasi daripada sambutan ‘Earth Hour” maka program jom baca selama 10 minit dilakukan sebagai langkah inovatif untuk memberi nafas baharu dalam kempen pembacaan.

Oleh yang demikian, PPM juga tidak melepaskan peluang dalam bersama-sama menyertai program ini. Program Jom Baca Selama 10 minit peringkat PPM ini telah berjaya dijalankan pada hari Rabu, 14 Jun 2017 iaitu di antara jam 10.15 pagi hingga 10.25 pagi. Program Jom Baca ini telah dilaksanakan sepanjang 4 hari bermula dari 13 Jun 2017 sehingga 16 Jun 2017. Antara aktiviti-aktiviti sepanjang Program Jom Baca tersebut adalah seperti berikut :

1.    Pertandingan Teka Berat Buku,
2.    Pertandingan Kuiz Celik Minda
3.    Pertandingan Mewarna di kalangan warga PPM

Pihak PPM juga berbesar hati atas kesudian Yang Berbahagia, Encik Md Muzayin Bin Alimon, Pengarah PPM merasmikan Program 10 Minit Jom Baca manakala bagi Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Encik Aminudin Bin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM.

Justeru itu, diharapkan dengan penglibatan seluruh warga PPM dalam program ini dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran seluruh warga PPM mengenai kepentingan amalan budaya membaca dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berilmu.


Written by : ezulia