Sambutan Hari Raya Aidilfitri di JMG NSM

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di JMG NSM

Seremban, 28 Jun 2018 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat JMG NSM telah diadakan di perkarangan bangunan JMG NSM. Sambutan yang meriah ini telah dihadiri oleh semua kakitangan JMG NSM dan beberapa orang kakitangan dari Ibu Pejabat, Selangor dan dari negeri-negeri lain. Program ini diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan Pejabat. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya pertandingan menganyam ketupat, kuiz dan pertandingan pakaian tercantik.

 

Lawatan kerja Menteri ke JMGM

Lawatan kerja Menteri ke JMGM

Putrajaya, 10 Julai 2018 - YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YB Dr Xavier Jayakumar telah melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains jam 3.00 petang. Di dalam perjumpaan tersebut, Ybhg Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG memberi taklimat kepada rombongan YBM berkaitan JMG dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan. Turut hadir dalam majlis itu ialah semua Timbalan Ketua Pengarah, pengarah kanan dan pengarah JMG Negeri termasuk Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM.


SAMBUTAN AIDILFITRI 2018 DAN MAJLIS PERTUKARAN

SAMBUTAN AIDILFITRI 2018 DAN MAJLIS PERTUKARAN

Kuala Terengganu, 5 Julai 2018 - JMGTGG telah mengadakan Majlis Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri dan pertukaran Pn. Juliana Bt Husin.  Majlis Sambutan Aidilfitri diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para wakil jemputan.  Pn. Juliana yang telah berkhidmat di JMG Terengganu selama 5 tahun akan menyambung perkhidmatannya di Pejabat Tanah dan Galian, Negeri Terengganu.