AKTIVITI TASKFORCE KEBAKARAN GAMBUT DI SEKITAR NEGERI JOHOR

muka depan taskforce telaga gambut disekitar johor 2018

Johor, 8-15 Julai 2018 - Pasukan JMG Johor telah mengadakan aktiviti taskforce di 13 telaga gambut sekitar negeri Johor. Penyelenggaraan dan pembersihan kawasan telaga perlu dilakukan supaya pihak kita bersedia jika berlaku kebakaran atau jika diperlukan.

Pihak JMG perlu bersedia kerana kebakaran sering berlaku di kawasan tanah gambut disebabkan oleh kawasan yang kering, api kebakaran tersebut akan memasuki jauh ke dalam tanah gambut dan ia amat sukar untuk dipadamkan serta mengambil masa yang lama.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2018, KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN AIDILFITRI

muka depan perhimpunan bulanan bil 62018 hari raya

Johor Bahru, 8 Julai 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Khatam Al-Quran dan Sambutan Aidilfitri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Puan Rosazanaain bt. Mohd Salleh, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Syed Sobri b. Syed Hassan dan pembaca ikrar oleh Puan Roziah bt. Razali. 

Baca selanjutnya

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS (JOB DESCREPTION –JD) JMG

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS (JOB DESCREPTION –JD) JMG

ALOR GAJAH, MELAKA (28 JULAI 2018) : SABTU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah meNgadakan satu bengkel bagi tujuan membincangkan berkaitan deskripsi tugas semua kakitangan JMG. Bengkel ini diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Teknologi (Create) di Alor Gajah, Melaka selama 3 hari bermula pada 28 Julai 2018 dan berakhir pada 30 Julai 2018.

Baca selanjutnya

MAJLIS PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR TANAH DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) KLINIK KESIHATAN BERANANG, HULU LANGAT, SELANGOR

MAJLIS PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR TANAH DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) KLINIK KESIHATAN BERANANG, HULU LANGAT, SELANGOR

Beranang, 27 Julai 2018 - Majlis Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas telah diadakan di Klinik Kesihatan Beranang, Hulu Langat, Selangor. Tandatangan penyerahan disempurnakan oleh Tuan Haji Nazan bin Awang yang mewakili JMGSWP dan Dato' Dr. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Penerangan

Pada Mei 2017, pihak JMGSWP telah menerima permohonan daripada Jabatan Kesihatan Selangor untuk mendapatkan bantuan dan nasihat teknikal untuk pembinaan telaga tiub untuk Klinik Kesihatan Beranang. Hasil daripada tinjauan 'team waterstress', pihak JMGSWP mendapati klinik tersebut menghadapi tekanan air yang sangat rendah justru pada Oktober 2017, pihak JMGSWP telah bersetuju untuk membangunkan telaga tiub dan sistem penapisan air tanah ringkas yang dikenali sebagai SPATR. Hasilnya sebuah telaga tuib telah siap dibina pada awal bulan November 2017. Telaga yang berkedalaman 93 meter tersebut berupaya membekalkan air sebanyak 4,500 liter/jam atau 108,000 liter/sehari serta mempunyai sistem penapisan air ringkas yang dipasang untuk memastikan kualiti dan sumber air yang bersih.

Baca selanjutnya