MAJLIS SANJUNGAN BUDI KENANGAN ABADI DAN SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT PPM 2018

MAJLIS SANJUNGAN BUDI KENANGAN ABADI DAN SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT PPM 2018

Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM) dengan kerjasama Cawangan Pentadbiran dan Kewangan (CPK) telah berjaya menganjurkan Majlis Sanjungan Budi Kenangan Abadi dan Sambutan Aidilfitri Peringkat PPM 2018. Majlis ini diadakan pada 10 Julai 2018 bertempat di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Majlis Sanjungan Budi Kenangan Abadi ini diadakan bertujuan untuk meraikan kakitangan PPM yang telah dan bakal bersara serta yang bertukar tempat kerja pada tahun 2018. Kakitangan PPM yang bersara ialah Pn.Nurasikin bt Abdul Aziz, Pn. Hjh. Nasariah bt Shaari, En. Abdul Rois Bin Abdul Mois, En. Aadnan Bin Ahmad, Pn. Loo Guek Hong dan En. Ali Bin Ismail manakala kakitangan yang bertukar tempat kerja ialah Pn. Norshila Bt Osman, Hjh. Asiah Binti Mohd Yusof, En. Che Nazri Bin Che Mat Din dan En. Muhamad Rasyidi Bin Baharuddin.

Baca selanjutnya