PAMERAN WARISAN GEOLOGI

PAMERAN WARISAN GEOLOGI

Jelebu, Negeri Sembilan, 12 Julai 2018 - Pameran Warisan Geologi telah diadakan di Felda Pasoh 4 pada hari ini. Pameran ini telah disertai oleh kanak-kanak dari Sekolah Rendah Pasoh dan pengujung dari luar dan dalam negera . Program ini telah menarik minat mereka tentang keunikan kawasan Pasoh. 

Kawasan ini mempunyai 3 gua yang berbeza iaitu Gua Pelangi, Gua Kelawar dan Gua Tirai. Lokasi yang sangat rapat antara satu sama lain tetapi mempunyai keunikannya yang tersendiri. Para peserta dan pengunjung yang hadir pada program ini telah berpeluang untuk menikmati keindahan di dalam gua berkenaan. Mereka telah diberi penerangan tentang asal kewujudan gua berkenaan.

Selain daripada aktiviti melawat gua, turut diadakan adalah pameran yang menerangkan tentang fungsi jabatan serta maklumat yang telah diperolehi hasil kajian di kawasan tersebut. 

2b23b72f ffb2 4ef3 ae30 e35ef268d076

6c7fe374 971b 4bc8 b84f 9f015a26be73 1

a1dd42be a059 44dc 997e db2b8fbd9c04

Written by : norhayati_mr