Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar dan Cadangan Pembangunan Air Mineral

Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar dan Cadangan Pembangunan Air Mineral

Rantau, 22 Julai 2018 - Satu Majlis Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar telah berlangsung di Kompleks Al Ammar, Kampung Kanchong, Rantau, Negeri Sembilan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang telah berkenan mencemar duli bagi merasmikan Maahad Tahfiz Al Ammar tersebut. Majlis itu turut dihadiri oleh YAB Tuan Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YB Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan serta dif-dif kehormat dan para jemputan. Yayasan Al Ammar yang mengurus dan menyelia Kompleks Al Ammar bercadang untuk membangun air mineral di kawasan tersebut. JMG NSM memberi khidmat nasihat bagi tujuan tersebut. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM, Puan Dorsihah binti Mohamad Jais, Ketua Aktiviti Hidrogeologi dan En. Muhammad Nursafwan bin Mustafa, Pegawai Geosains turut serta menghadiri majlis itu.

1

Written by : norhayati_mr