Kuala Terengganu, 20 Februari 2018 – Satu lawatan dari JAS ke tapak lokasi telaga gambut dan stor peralatan kerja JMG Terengganu telah diadakan bersama-sama En.Hamlee Ismail(KUGS) dan En. Norzuhairil Zubir(PGS-SAT). Audit ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 20-21 Februari.
GOTONG ROYONG LESTARI ALAM PPM
SELASA, 20 Februari 2018 – Pusat Penyelidikan Mineral telah melaksanakan aktiviti GOTONG ROYONG LESTARI ALAM sebagai usaha melestarikan kebersihan dan keindahan di persekitaran PPM. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan menghantar pekerja dan road sweaper bagi membersihkan kawasan PPM.
Aktiviti sebegini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos penyelenggaraan bangunan dan persekitaran PPM disamping memupuk sikap saling bekerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua warga PPM.
taklimat pengendalian peralatan "drone"
MESYUARAT JK MAJLIS PENYERAHAN TELAGA TIUB KG.JONGOK BATU, DUNGUN BIL 3/2018
Kuala Terengganu, 20 Februari 2018 - Mesyuarat bersama JK Majlis Penyerahan Telaga Tiub Kg.Jongok Batu, Dungun telah diadakan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En.Hamlee Ismail (KUGS) yang diadakan di bilik mesyuarat Kasiterit JMG Terengganu. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memantau setiap persiapan majlis supaya berjalan lancar dan menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit.
RAIKAN CINTA : MOHD ZURAIMI BIN IBRAHIM @ GHAZALI DAN PASANGAN AZMA SUHAIDA BINTI AWANG YA
Warga Kerja Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Zuraimi Bin Ibrahim @ Ghazali dan pasangannya Azma Suhaida Binti Awang Ya di atas penyatuan cinta kalian berdua sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini. Semoga kalian berdua berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.
Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya : Sabda Rasulullah SAW “Perempuan itu dikahwini kerana 4 (empat) perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh itu, pilihlah perempuan yang beragama, nescaya bahagialah engkau.”