MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH JMGSWP BERSAMA SPRM

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH JMGSWP BERSAMA SPRM

SHAH ALAM , 19 September 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat Pengarah SPRM Negeri Selangor, TPj Dato' Haji Alias bin Salim bersama rombongan sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Selangor.

Aturcara majlis dimulakan tepat pada pukul 2.30 petang dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan ucapan aluan daripada Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh. Seterusnya warga JMGSWP disajikan dengan tayangan montaj SPRM dan disusuli taklimat daripada Pengarah SPRM. Majlis telah berakhir dengan sesi lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

MAJLIS PERSARAAN TAHUN 2022 DAN PERHIMPUNAN BULANAN JMG PERAK

MAJLIS PERSARAAN TAHUN 2022 DAN PERHIMPUNAN BULANAN JMG PERAK

02 September 2022 (Jumaat) : Majlis Persaraan tahun 2022 dan Perhimpunan Bulanan JMG Perak, Malaysia telah diadakan bertempat di Hotel Tower Regency, Ipoh pada jam 3.00 petang. Dalam majlis ini, JMG Perak akan meraikan 2 orang pesara iaitu En. Mohd Jasmi Bin Ibrahim dan En. Mat Adnan Bin Mat. Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengerusi majlis iaitu En. Amir Mizwan dan seterusnya bacaan doa oleh En. Putra Ariff Fadzillah. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil.

Baca selanjutnya

Lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa

Lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa
4 SEPTEMBER - Program PIN/CSR telah pun berjaya diadakan melalui lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa pada hari ini telah disertai oleh 20 orang kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang terletak di Kupang, Kedah.
 
Selain beramah mesra dengan anak-anak yatim dan miskin di situ, Pengarah Kanan PPM, iaitu Dr. Nazwin binti Ahmad telah mewakili PPM bagi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pengerusi pertubuhan tersebut, iaitu En. Mohd Amzad bin Ismail dalam membantu beliau mengurus anak-anak yatim dan miskin di situ. Sumbangan ini adalah hasil dari kutipan seluruh kakitangan PPM.
 
Selain itu, pihak Kelab Kebajikan dan Sukan PPM (KSK PPM) turut menambahkan seri program tersebut dengan memberikan cenderahati kepada anak-anak yatim dan miskin yang juga disampaikan oleh Pengarah Kanan PPM, Dr. Nazwin binti Ahmad.

Program PIN/CSR di Gua Sireh, Baling, Kedah

Program PIN/CSR di Gua Sireh, Baling, Kedah
3 SEPTEMBER - Seramai 20 Kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) hari ni telah pun menyertai program PIN/CSR di Gua Sireh, Baling, Kedah. Program ini turut disertai oleh Pengarah Kanan PPM, Dr. Nazwin binti Ahmad.
 
Gua Sireh terletak di Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai, Baling, Kedah telah menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar negara sejak di buka pada tahun 2019. Menurut kajian ahli arkeologi, tinggalan cara hidup prasejarah yang masih wujud terutamanya di dinding luar Gua Sireh menunjukkan masyarakat terawal sudah mendiami Kawasan berkenaan antara 16,000 hingga 17,000 tahun yang lalu.