SHAH ALAM, 10 Januari 2022 - JMGSWP telah mengadakan majlis perhimpunan bulanan pertama untuk tahun 2022 dan kehadiran warga jabatan adalah secara fizikal pada kali ini. Majlis diacarakan oleh En. Azira Ramely, bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez Rusli dan ikrar perkhidmatan awam oleh En. Ghazali A Rahim. Pengarah, iaitu yang berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee Che Soh telah menyampaikan amanat sempena tahun 2022 dan susuli dengan sesi suai kenal bersama Pn. Salmiah binti Nawi yang baru bertukar dari Ibu Pejabat JMG ke JMGSWP yang mana beliau akan mengisi jawatan Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Lombong dan Kuari.