BENGKEL PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENULISAN MINIT MESYUARAT

BENGKEL PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENULISAN MINIT MESYUARAT

KOTA KINABALU, SABAH (21 MAC 2019) : KHAMIS, Bahagian Latihan, JMG Sabah telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat selama 3 hari bermula pada 18 Mac 2019 hingga 20 Mac 2019 di Bilik Mesyuarat Utama Nephrite, Tingkat Satu, Blok Kinabalu, JMG Sabah.

Peserta bengkel ini terdiri daripada kakitangan JMG Sabah sendiri dari pelbagai golongan. Seramai lebih kurang 25 orang kakitangan telah menghadiri bengkel ini. Tenaga pengajar merupakan seorang pengajar yang berpengalaman dalam bidang ini. Pihak JMG Sabah telah mengundang Pn. Illise dari INSAN Sabah bagi mengendalikan bengkel ini selama tiga hari.

Antara tujuan bengkel ini diadakan ialah bagi mempelajari lagi cara pengurusan mesyuarat serta cara penulisan minit yang berkesan. Dalam bengkel ini ditekankan penggunaan tatabahasa yang betul mengikut kepada kamus yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber foto : En. Arthur Leo
Sumber maklumat : Penulis

Written by : Suriani Ramlee