15hb Mac 2019 (Jumaat) – Satu aktiviti Senam Petang di Padang Polo, Ipoh telah diadakan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak. Aktiviti ini diadakan bagi menggalakan warga JMG Perak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Aktiviti ini bermula pada pukul 3.30 petang sehingga 5.00 petang. Ia dimulakan dengan senaman panaskan badan yang diketuai oleh pelajar praktikal iaitu Cik Sharon Rose dan Cik Umairah Bt Fuaad.
Setelah selesai aktiviti panaskan badan, aktiviti larian sekitar Padang Polo dimulakan. Diharapkan agar aktiviti sebegini dapat diteruskan kerana ia merupakan suatu aktiviti yang sangat bermanfaat kerana disamping dapat mengeluarkan peluh, ia juga dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama warga JMG Perak.
View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/2019-04-11-01-22-00#sigProId4bc88b6fb9
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/2019-04-11-01-22-00#sigProId4bc88b6fb9