11 Ogos 2021 (Rabu) – Beberapa orang pegawai dari Unit Perkhidmatan Makmal, JMG Sarawak telah turut menghadiri kursus secara atas talian; Inductively Coupled Plasma – Optical Emission Spectrometer (ICP – OES) course pada 5 Ogos (Khamis) sehingga 6 Ogos 2021 (Jumaat) melalui platform Microsoft Teams Meeting. Latihan yang dianjurkan oleh Perkin Elmer Sdn. Bhd bermula seawal 9:00 pagi dan berakhir pada pukul 5:00 petang dan turut disertai oleh semua pegawai geosains (kimiabumi) dari JMG Kuantan, Sabah dan Ipoh, Perak. Kurus ini telah dikendalikan oleh Puan Elisha Dyee daripada Perkin Elmer Sdn. Bhd.
Sasaran utama latihan ini adalah pegawai geosains (kimiabumi) namun pembantu geosains (makmal) adalah digalakkan untuk hadir bagi menambah ilmu dan juga sebagai pendedahan prinsip dan konsep penggunaan peralatan di makmal terutamanya peralatan ICP-OES.
Sepanjang latihan, peserta didedahkan dengan prinsip – prinsip dan konsep – konsep berkaitan Inductively Coupled Plasma – Optical Emission Spectrometer (ICP-OES) termasuk amali dan penggunaan aplikasi Syngistic. Sesi soal jawab diselitkan pada pengakhiran pembentangan setiap sub-topik bagi memberi ruang kepada para peserta untuk berbincang serta mengemukakan kemusykilan berhubung peralatan ini.