MESYUARAT DAN TAKLIMAT ANTIVIRUS JMG

MESYUARAT DAN TAKLIMAT ANTIVIRUS JMG

W.P. PUTRAJAYA (04 SEPTEMBER 2018) : SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu Mesyuarat dan Taklimat Antivirus di ibupejabat JMG Malaysia di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 4 September 2018. JMG Sabah diwakili oleh En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat) bersama Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat)

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

Program Sambutan Hari Kebangsaan 2018

Program Sambutan Hari Kebangsaan 2018

Hari Kebangsaan disambut diseluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak tahun 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran untuk memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 61. Oleh itu, satu program Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah diadakan pada 28 Ogos 2018 yang lalu. Matlamat utama penganjuran program ini ialah untuk memupuk semangat cintakan tanah air serta menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara ini. Program ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada semua warga PPM tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain daripada itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan warga PPM melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Untuk menjadikan sambutan ini lebih menarik dan dapat dijiwai dengan sepenuhnya, pihak jawatankuasa juga telah menetapkan tema pemakaian pada hari tersebut ialah pakaian ala-ala tahun 50-an.

Baca selanjutnya