Perjumpaan Bulanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal 2/2015

Perjumpaan Bulanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal 2/2015

IPOH, 26 Februari 2015: Bahagian Perkhidmatan Teknikal, sekali lagi telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bulanan bersama Pengarah Bahagian Teknikal, Dr. Kamaludin Bin Hassan.

Pada majlis ini, pengarah telah menyampaikan beberapa isu berkaitan dengan pekeliling-pekeliling terbaru, perlantikan jawatankuasa-jawatankuasa baru di BPT, pertukaran pegawai-pegawai kanan jabatan dan Pembantu Geosains dari dan luar BPT.

Dalam majlis yang sama juga telah diraikan dua kakitangan yang ditukarkan ke BPT iaitu Pn. Nur Rasyiqah Binti Yusof (Penolong Pegawai Tadbir) dan Pn. Nur Azlin Yaakob (Pembantu Tadbir).

Sebagai menghargai jasa-jasa pegawai serta kakitangan yang akan bertukar ke luar BPT, Pengarah telah menyampaikan sumbangan berupa hadiah kepada En. Abdul Kadir Ahmad, Tn. Hj. Mohd Zaidi Mohd Hasan, Tn. Hj. Hussin Jamaluddin dan En. Mohamad Zulkefli Yusof.

Di dalam majlis yang sama, pihak Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal juga telah menyampaikan sumbangan berupa hadiah dan wang tunai kepada ahli-ahli yang bertukar, ahli dan keluarga ahli yang dimasukkan ke hospital melebihi dua hari, sumbangan kepada anak ahli yang cemerlang di dalam peperiksaan PT3 2014 yang lalu serta ahli yang mendapat cahaya mata baru. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Presiden KSKBPT, En. Mohd Fahami Abas.

Penutup majlis telah diadakan jamuan sebagai meraikan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bertukar.

 

Written by : zahar