Pengurusan Tertinggi JMG Johor

Pengurusan Tertinggi JMG Johor

Johor Bahru, 4 Februari 2015 – Pada hari ini telah diadakan sesi fotografi pengurusan tertinggi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor untuk tahun 2015. Pengurusan tertinggi tahun 2015 JMG Johor adalah terdiri daripada Tn. Haji Zakaria Bin Hussain (Pengarah JMG Johor), En. Abdullah Sani Bin H Hasim (Timbalan Pengarah Sumber Mineral), En. Nizarulikram Bin Abdul Rahim (Timbalan Pengarah Geosains), En. Nurul Huda Bin Romli (Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari), Pn. Nor Asmah Binti Abdul Aziz (Ketua Unit Pengurusan Maklumat) dan Pn. Noramzihali Binti Ramli (menanggung tugas Ketua Unit Pentadbiran).

SAMBUTAN HARI KELUARGA JMG NSM 2015

24 - 25 Januari 2015 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga peringkat Jabatan bertempat di Akar Beach Resort Port Dickson.

Sambutan ini disambut setiap dua tahun sekali dan diberi kerjasama oleh semua ahli jawatankuasa dan kakitangan jabatan.Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara ahli keluarga dengan kakitangan yang lain serta mewujudkan kesefahaman, kerohanian dan sifat kesukanan antara kakitangan. 

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah sukaneka, pertandingan karaoke, cabutan bertuah, dan 'selfie booth'. Berikut antara gambar-gambar aktiviti yang telah dapat dikongsikan bersama.

Baca selanjutnya

Program Jelajah Gua Gunung Keriang Bersama Media

gker01

ALOR SETAR, 25 Januari 2015 - JMGKPP telah menganjurkan Program Jelajah Gua Gunung Keriang yang disertai kakitangan teknikal dan bukan teknikal jabatan. Turut sama menyertai ekspedisi ini ialah wartawan Sinar Harian, Cik Nurul Hidayah Hamid.

Pengalaman ekspedisi ini dan temubual bersama Tuan Haji Zainol bin Husin, Pengarah JMGKPP dikongsikan beliau dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Januari 2015.

Baca selanjutnya