17 - 18 Februari 2015 : Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka (JMG NSM) telah mengadakan bengkel lanjutan GIS di bilik mesyuarat JMG NSM selama dua hari.Pihak Jabatan telah menjemput Tuan Hj Mustafar Bin Hamzah ( Pengarah JMG sabah ) sebagai penceramah bengkel tersebut.
Kerjasama yang menggalakkan diberikan oleh warga JMG NSM.Bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut waktu yang ditetapkan.
Pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat terutamanya kepada penceramah Tuan Hj Mustafar Hamzah kerana berkongsi ilmu dan memberi kepakaran dalam pembuatan peta.Disini juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada pengarah JMG NSM En. Zulkipli Bin Che Kasim kerana meluangkan masa mengikut bengkel tersebut.
Berikut adalah gambar-gambar yang dapat kami kongsi bersama-sama.