27 Februari 2015 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka ( JMG NSM ) telah mengadakan perhimpunan bulanan bagi bulan Februari peringkat jabatan 2015. Selain itu, Jabatan juga turut membuat majlis perpisahan bagi pegawai yang telah bertukar ke Ibu Pejabat.
Seramai 30 orang telah menghadiri majlis tersebut. Antara aturcara majlis adalah :
Pengucapan awam oleh Cik. Zaini binti Mohd Sidek
Ucapan Perpisahan oleh Pn. Haniza binti Zakri dan Pn. Rosni binti Lukmannul Hakim
Ucapan Pengarah oleh Tuan Zulkipli bin Che Kasim.
Penyampaian cenderamata kepada pegawai yang bertukar
Penyampaian sijil penyertaan Bengkel Lanjutan GIS JMG NSM
Penyampaian hadiah hari jadi kepada pegawai yang lahir bulan Februari
JMG NSM mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan selama bertugas di JMG NSM.
Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan majlis tersebut...