Mersing, 24 Januari 2016 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dengan kerjasama pasukan dari Solar Energy Research Institute (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Program pembangunan Sumber Alam di kawasan Taman Negara Endau Rompin, Johor (Sungai Jasin – Kg. Peta). Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuat kajian awalan cadangan membangunkan sistem teknologi solar di kawasan tersebut.