Audit Pengawasan (Surveillance Audit) telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) pada 7 – 8 November 2016. Audit ini telah dilakukan oleh pihak SIRIM melalui auditornya Puan Meena Regawan. Hasil daripada audit ini, PPM sekali lagi berjaya mengekalkan 2 skop pensijilan MS ISO 9001 : 2008 iaitu Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Bijih Timah (UPBT).
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM atas kejayaan ini. Semoga PPM terus komited dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan bagi kedua-dua skop ini dan bersedia menghadapi urusan migrasi kepada MS ISO 9001:2015 pada tahun hadapan.
View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/ppm-lepasi-audit-pengawasan-sirim-ms-iso-9001-2008#sigProId110252303f
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/ppm-lepasi-audit-pengawasan-sirim-ms-iso-9001-2008#sigProId110252303f