BENGKEL PENGHASILAN MARMAR SINTETIK

BENGKEL PENGHASILAN MARMAR SINTETIK

Satu bengkel Penghasilan Marmar Sintetik telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Bengkel Penghasilan Marmar Sintetik telah diadakan pada 22 hingga 23 November 2016 di Dewan seminar PPM dan makmal-makmal Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT). Bengkel ini berlangsung selama satu setengah hari dan telah dirasmikan oleh Pengarah PPM,  En. Md Muzayin Bin Alimon. Seramai sebelas (11) orang Pegawai Penyelidik, tiga (3) orang Penolong Pegawai Penyelidik, sembilan (9) orang  Pembantu Penyelidik , tiga (3) orang Pembantu Operasi, lima (5) orang Pembantu Awam dan satu (1) orang Pembantu Am Pejabat  telah menghadiri bengkel ini.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai:

  • Aktiviti R&D yang dijalankan bagi menghasilkan marmar sintetik di PPM.
  • Kaedah baru bagi menghasilkan marmar sintetik yang melibatkan teknologi komposit nano. Penggunaan baru pelbagai mineral tempatan/mineral baru/sisa industri pengkuarian bagi menghasilkan marmar sintetik.
  • Pengkongsian idea dan pengalaman dalam menjalankan R&D penghasilan marmar sintetik di PPM.

Bengkel yang dijalankan adalah merangkumi syarahan dan aktiviti di makmal-makmal CTBT yang melibatkan proses dan peralatan yang digunakan bagi menghasilkan marmar sintetik. Syarahan dan penerangan berkaitan dengan proses penghasilan marmar sintetik telah dikendalikan oleh Pegawai Penyelidik CTBT iaitu Dr. Rashita Binti Abd Rashid , Encik Malek Bin Selamat, Puan Siti Mazatul Azwa dan Puan Hamizah Binti Abdul Samad.

Bengkel ini telah berjalan lancar dan sesi maklumbalas peserta-peserta diakhir program bengkel telah memberikan banyak idea baru kepada Pegawai-pegawai  Penyelidik PPM untuk melaksanakan projek di masa hadapan ini dengan jayanya.

Written by : ezulia