MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

Johor Bahru, 31 Januari 2021 – Buat julung kalinya Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran pembukaan pejabat yang terhad kepada beberapa orang sahaja kerana perlaksanaan PKP 2.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya buat pertama kali.

Baca selanjutnya