KUNDASANG (24 FEB 2021) : Satu lawatan tapak telah dijalankan di tapak tanah Kampus Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah di Mesilou, Kundasang, Ranau oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah bersama rombongon JPSM Sabah. Rombongon JMG Sabah adalah diketuai oleh pengarah, Encik Jontih Enggihon yang disertai oleh Ahli Geologi, Encik Bailon Golutin dan dibantu oleh Encik Harry Jenyrius Majin.
Tujuan lawatan tapak ini adalah untuk menjalankan tinjauan awal ke atas kesesuaian tapak pembinaan dan cadangan kajian geologi kejuruteraan untuk menilai kestabilan tapak di kawasan ini. Berdasarkan kepada tinjauan awal di lapangan adalah menunjukkan keperluan kajian geologi permukaan dan sub permukaan dijalankan untuk menilai kesesuaian pembinaan tapak bangunan berdasarkan kepada input geologi dengan mengambilkira pembinaan bangunan yang tahan terhadap gegaran gempa bumi.
Satu mesyuarat susulan akan diadakan seterusnya untuk membincangkan secara lebih terperinci berkenaan kajian geologi kejuruteraan.
Sumber Maklumat : Bailon Golutin