Kemeriahan sambutan Hari Raya PPM 2019

Kemeriahan sambutan Hari Raya PPM 2019

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – Satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat PPM telah diadakan pada 27 Jun 2019 yang bertempat di hadapan foyer PPM. Tema baju raya pada tahun ini ialah ‘pakaian tradisional’.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan itu berlangsung antaranya ialah pertandingan nyanyian lagu raya, persembahan istimewa daripada pegawai-pegawai baharu, persembahan khas oleh beberapa orang pegawai PPM, pertandingan pakaian tercantik, serta cabutan bertuah.

Baca selanjutnya

"Hands on Training (HoT)" untuk Virtual Geographic Information (VGI) :Penilaian Potensi Tapak Geologi Negeri Sembilan Bil.1/2019

"Hands on Training (HoT)" untuk Virtual Geographic Information (VGI) :Penilaian Potensi Tapak Geologi Negeri Sembilan Bil.1/2019

Seremban, 5 Julai 2019 - Satu Bengkel "Hands on Training (HoT)" untuk Virtual Geographic Information (VGI) :Penilaian Potensi Tapak Geologi Negeri Sembilan Bil.1/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG NSM pada 4 dan 5 Julai 2019. Bengkel ini telah dihadiri oleh kakitangan JMGNSM bersama wakil Ibu Pejabat. 

Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr Norbert Simon dari Universiti Kebangsaan Malaysia. 

 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERSARAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2019 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERSARAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2019 JMGSWP

SHAH ALAM, 01 Julai 2019 (Isnin)  - JMGSWP telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 07/2019 beserta sambutan Aidilfitri peringkat jabatan di Bilik Kuarza, tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Bersempena majlis tersebut, pihak JMGSWP juga mengambil kesempatan untuk meraikan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) iaitu Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zukeri bin Ab. Ghani yang akan bersara dalam masa terdekat. Pengarah dan warga JMGSWP mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa perkhidmatan beliau di JMG selama lebih 30 tahun , selamat maju jaya dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik.

Baca selanjutnya