EKSPEDISI SAINTIFIK GUNUNG KORBU GEOPARK KEBANGSAAN LEMBAH KINTA 2019

EKSPEDISI SAINTIFIK GUNUNG KORBU GEOPARK KEBANGSAAN LEMBAH KINTA 2019

1hb Julai 2019 – 7hb Julai 2019 : Gunung Korbu merupakan salah satu geotapak dalam Geopark Kebangsaan Lembah Kinta. Ianya merupakan puncak yang tertinggi di banjaran Titiwangsa dan juga merupakan gunung kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu dengan ketinggian 2,183 meter selepas Gunung Tahan iaitu 2,187 meter. Gunung Korbu terletak dalam Hutan Simpan Hulu Kinta, Perak iaitu kira-kira 25 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Gunung Korbu terletak dibawah jagaan Pejabat Hutan Daerah Kinta/ Manjung.
Oleh kerana tiada lagi maklumat saintifik atau penemuan di Gunung Korbu ini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Perak) yang juga pengerusi bagi Jawatankuasa Teknikal Geopark Lembah Kinta mengambil inisitiatif untuk mengadakan ekspedisi tersebut.

Baca selanjutnya

Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Pengarah Kanan Baharu PPM

Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Pengarah Kanan Baharu PPM

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 31 Julai 2019. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Encik Aminudin bin Mahmud atas pelantikan sebagai Pengarah Kanan PPM baharu yang berkuatkuasa bermula pada 20 Jun 2019 yang lalu. Beliau sebelum ini telah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah PPM ketika berkhidmat bersama-sama dengan Pengarah PPM pada masa itu, iaitu Encik Muzayin bin Alimon.
  
Selain itu, Encik Aminudin bin Mahmud juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) yang sekarang ini telah diterajui secara rasmi oleh Dr. Nazwin binti Ahmad, iaitu bekas Pengarah Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM).
  
Seluruh warga PPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Pengarah Kanan Baharu PPM. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi serta cemerlang demi pembangunan dan kemajuan jabatan pada masa akan datang.

 

Seminar Beckman Coulter Particle Size Analyzer

Seminar Beckman Coulter Particle Size Analyzer

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 19 Julai 2019. Satu seminar berkaitan Beckman Coulter Particle Size Analyzer anjuran Unit Latihan PPM bersama Syarikat Straits Scientific Sdn Bhd telah diadakan di Dewan Seminar PPM pada 18 Julai yang lalu. Seminar ini bertujuan untuk mengetahui tentang teori “Beckman Coulter Laser Diffraction Particle Size Analysis” serta kaedah untuk memilih peralatan yang baik bagi memperolehi data dengan lebih tepat.
  
Selain itu, seminar tersebut telah dikendalikan oleh wakil daripada Syarikat Straits Scientific Sdn Bhd, iaitu Ms Wong Chor Wan. Sepanjang program itu berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan tentang peralatan yang ditunjukkan serta cara untuk mengendalikan peralatan itu dengan betul. Mereka juga telah diberi peluang untuk belajar menganalisa dan mengumpul data sendiri daripada makmal masing-masing dengan menggunakan peralatan tersebut.

Baca selanjutnya

Syarahan Teknikal Projek Kolaborasi FRGS USM-PPM

Syarahan Teknikal Projek Kolaborasi FRGS USM-PPM

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 18 Julai 2019. Unit Latihan PPM bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral telah menganjurkan satu syarahan teknikal yang bertajuk “TiH2 Powder Production from Magnesiothermic Reduction of TiCl4 in Presence of H2 Atmosphere” pada 17 Julai 2019 yang lalu. Projek ini merupakan projek kolaborasi Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) antara USM-PPM.
  
Selain itu, penceramah bagi syarahan teknikal tersebut ialah Dr. Sheikh Abdul Rezan bin Sheikh Abdul Hamid. Beliau merupakan seorang pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga salah seorang penyelidik bagi projek kolaborasi FRGS ini. 

Baca selanjutnya

MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN PENILAIAN SUMBER BAUKSIT RMK-11.

MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN PENILAIAN SUMBER BAUKSIT RMK-11.

KOTA KINABALU, SABAH (25 Julai 2019) JUMAAT : Satu Mesyuarat Pemurnian Laporan Sumber Bauksit RMKe-11 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JMG Sabah. Mesyuarat ini telah bermula pada 23hb Julai 2019 hingga 25hb Julai 2019. Pengerusi mesyuarat adalah En.Hamdan Arifin selaku Ketua Projek Mineral Perindustrian.

    Pegawai yang telah hadir dalam mesyuarat ini adalah En. Farid Zainudin dan Pn. Jayawati (JMG Sabah), En. Japri (JMG Sarawak), En. Khairul Zaman (JMG Johor), En. Shari Ismail dan En. Yusof Imbun (JMG Pahang), En. Abdul Hadi Abd. Rahman dan En. Anasrullah (JMG Selangor), dan Pn. Noran Nabila (JMG Negeri Sembilan). Turut dijemput hadir dalam mesyuarat kali ini adalah En. Abdul Rahim Harun (Unit Cawangan PPO)

Baca selanjutnya

Lawatan Rombongan Pejabat Hasil Bumi ke Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah

Lawatan Rombongan Pejabat Hasil Bumi ke Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah

KOTA KINABALU, SABAH (9 Julai 2019) : JMG Sabah pada hari ini telah dikunjungi buat pertama kalinya oleh Jabatan Hasil Bumi Sabah. Rombongan diketuai oleh En. Mohd Jasmin Bin Julpin (Setiausaha Hasil Bumi), En. Ramlan Bin Mohammad (Timb Setiausaha Hasil Bumi), En. Stephen Moligan (Ketua Penolong Setiausaha Unit Galian), En. Syed Ridzuan Sharif Sihan Assegaf (Pen. Pegawai Tadbir Unit Tanah).

Baca selanjutnya

Lawatan Tapak Kajian Impak Projek Pembinaan & Menaiktaraf Infrastruktur Bagi Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Yang Sering Terbakar Untuk Mengatasi Jerebu

Lawatan Tapak Kajian Impak Projek Pembinaan & Menaiktaraf Infrastruktur Bagi Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Yang Sering Terbakar Untuk Mengatasi Jerebu

BEAUFORT, SABAH (15 - 16 Julai 2019) : Bagi memastikan keberkesanan pengawalan dan pencegahan kebakaaran tanah gambut, satu lawatan tapak telah dijalankan bersama antara agensi terlibat iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah (JMG), Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan Pakar Perunding yang dilantik, Global Environment Centre (GEC).

Baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING BERTEMAKAN "KNOW OUR GEOPARK" PERINGKAT DAERAH MERSING 2019

PROGRAM PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING BERTEMAKAN "KNOW OUR GEOPARK" PERINGKAT DAERAH MERSING 2019
18 Julai 2019, MERSING - JMG Negeri Johor menjadi penyumbang terbesar serta sebagai perasmi untuk program Choral Speaking Geopark Competition 2019 peringkat daerah Mersing yang berlangsung di SMK Sri Mersing. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin (Timbalan Pengarah JMG Johor) diiringi oleh Cikgu Hasan bin Abdul Rashid (Pengetua SMK Sri Mersing) dan Encik Shahrul Fadhli bin Maliki (PPD Mersing).
Baca selanjutnya

PERHIMPUNAN BULANAN SERTA TAKLIMAT BERKAITAN KEBAJIKAN CUEPACS

PERHIMPUNAN BULANAN SERTA TAKLIMAT BERKAITAN KEBAJIKAN CUEPACS

12 Julai 2019 (Jumaat) : Perhimpunan bulanan bagi bulan Julai telah diadakan di Dewan Granit, JMG Perak bermula jam 8.30 pagi. Unit Sumber Mineral telah bertugas sebagai urusetia bagi perhimpunan bulan ini. En. Mohd Asyraf Bin Azmi bertindak sebagai pengacara majlis, En. Zaid Bin Aziz sebagai pembaca doa dan En. Mohd Jasmi Bin Ibrahim untuk lafaz ikrar.

Baca selanjutnya

TAKLIMAT POTENSI PERLOMBONGAN NADIR BUMI (RARE EARTH MINERAL)

TAKLIMAT POTENSI PERLOMBONGAN NADIR BUMI (RARE EARTH MINERAL)

Ipoh, 16 Julai 2019 (Selasa) : Pihak Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Perak (JMG) dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG) telah menganjurkan satu taklimat khas berkaitan potensi perlombongan unsur nadir bumi yang merupakan perkara baru dan sensitif di Malaysia. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tulus Mentari Sdn. Bhd. bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh Perak.

Baca selanjutnya