KOTA KINABALU, SABAH (25 Julai 2019) JUMAAT : Satu Mesyuarat Pemurnian Laporan Sumber Bauksit RMKe-11 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JMG Sabah. Mesyuarat ini telah bermula pada 23hb Julai 2019 hingga 25hb Julai 2019. Pengerusi mesyuarat adalah En.Hamdan Arifin selaku Ketua Projek Mineral Perindustrian.
Pegawai yang telah hadir dalam mesyuarat ini adalah En. Farid Zainudin dan Pn. Jayawati (JMG Sabah), En. Japri (JMG Sarawak), En. Khairul Zaman (JMG Johor), En. Shari Ismail dan En. Yusof Imbun (JMG Pahang), En. Abdul Hadi Abd. Rahman dan En. Anasrullah (JMG Selangor), dan Pn. Noran Nabila (JMG Negeri Sembilan). Turut dijemput hadir dalam mesyuarat kali ini adalah En. Abdul Rahim Harun (Unit Cawangan PPO)
TUJUAN mesyuarat pemurnian laporan ini dijalankan adalah bagi memastikan setiap laporan yang dihasilkan adalah mengikuti dan memenuhi standard jabatan dan berkualiti. Dan juga diselitkan dalam mesyuarat ini, perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh En. Abdul Hadi Abdul Rahman iaitu kaedah-kaedah eksplorasi bauksit yang betul di lapangan.
HASIL mesyuarat pemurnian adalah sebanyak 11 buah laporan kajian sumber bauksit yang akan dikeluarkan pada tahun ini. Masing-masing 3 buah laporan dari JMG Sabah dan JMG Sarawak, 2 buah laporan dari JMG Johor dan satu laporan dari JMG selangor, JMG Pahang dan JMG Negeri Sembilan.