Perjumpaan Bersama TKPO & Warga JMGNS

Perjumpaan Bersama TKPO & Warga JMGNS

Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka - Pada 4 Julai 2019, telah diadakan Perjumpaan bersama TKPO dan warga JMG Negeri Sembilan dan Melaka. 

Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab Ghani telah tiba di dalam bilik mesyuarat JMG pada jam 9.30 pagi. Semua staf berkumpul bagi bersama-sama mengucapkan persaraan kepada beliau. Majlis dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan dari TKPO.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, MAJLIS PERSARAAN EN. MOHAMMAD BIN NEH DAN LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) KE JMG TERENGGANU.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, MAJLIS PERSARAAN EN. MOHAMMAD BIN NEH DAN LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) KE JMG TERENGGANU.

Kuala Terengganu, 07 Julai 2019 (Ahad) – Satu majlis telah diadakan di bilik mesyuarat utama Kasiterit JMG Terengganu.  Majlis ini bertujuan untuk meraikan lawatan kerja TKP(operasi) iaitu Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zukeri bin Ab. Ghani dan persaraan Pembantu Geosains Kanan, En. Mohammad Bin Neh.  Umum sudah mengetahui, harini merupakan hari terakhir TKP(OPS) berkhidmat setelah 37 tahun 2 bulan menabur bakti bersama Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia dan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia.  Warga JMG Mengucapkan semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik buat kedua-duanya, amin.

601

Sumbangan Cendrahati Dari Pejabat JMG Terengganu.

602

Sumbangan Cendrahati Dari Kakitangan JMG Terengganu.

603

Hadiah Persaraan Kepada En. Mohammad Bin Neh.

604

Majlis Potong Kek Kelahiran Dan Selamat Bersara Sumbangan Kelab KESKET dan Kakitangan JMG Terengganu.

605

Tugasan Rasmi Terakhir Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zukeri Bin Ab. Ghani.

606

Semoga Bertemu Lagi.

 

PPM Telah Berjaya Mengadakan Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Loji Perintis Rawatan AMD di SUGA.

PPM Telah Berjaya Mengadakan Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Loji Perintis Rawatan AMD di SUGA.

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 28 Jun 2019. Sekalung tahniah diucapkan kepada PPM kerana telah menjayakan Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Loji Perintis Acid Mine Drainage (AMD) yang telah berlangsung di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, iaitu En. Aminudin bin Mahmud.

Selain itu, loji perintis rawatan AMD ini dibina bagi tujuan menjalankan kajian berkaitan AMD. Apa yang menarik ialah reka bentuk loji perintis ini dihasilkan sendiri oleh pihak PPM. Di samping itu, sebuah syarikat iaitu Multiplan Works sdn.bhd. telah dipilih oleh PPM untuk membina loji rawatan tersebut.

Baca selanjutnya