MESYUARAT UPM BIL 2/2019 DI BORNEO GOLF RESORT, BONGAWAN

MESYUARAT UPM BIL 2/2019 DI BORNEO GOLF RESORT, BONGAWAN

KOTA KINABALU, SABAH (04 JULAI 019): KHAMIS, Unit Pengurusan Maklumat JMG Sabah telah mengadakan satu mesyuarat bagi suku tahun kedua dan bekerjasama dengan Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah pada 04 Julai 2019 di Borneo Golf Resort, Bongawan, Sabah.

Unit Pengurusan Maklumat diketuai oleh KUPM En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee dan ahli-ahlinya adalah Pn. Lena Anggie (PTM), Pn. Normi Adok (PPTM), Pn. Margaret Stephen Mozimin (PJ), Pn. Shuryanteh binti Mohd Yassin (PJ), Pn. Besty Jenny Adim (PJ) dan Pn. Suriani binti Ramlee (PP). Manakala Unit Perkhidmatan Makmal diketuai oleh KUMK En. Morius Bantas, En. Khairun Nasir bin Moktar, Pn. Junidah Manggam, Pn. Mulia binti Pog, En. Ruddey bin John Michael dan En. Jeli bin Pog.

Tujuan mesyuarat diadakan di sini adalah bagi memberikan pendedahan luar dan memberikan peluang kepada kakitangan tersebut untuk beriadah bersama keluarga sambil menjalan kan tugas rasmi di mana mengadakan mesyuarat tersebut. Mesyuarat UPM Bil 2/2019 dipengerusikan oleh En. Eddie Affandy selaku ketua unit.

Sumber maklumat : Penulis
Sumber foto : En. Morius Bantas, En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee, Pn. Besty Jenny Adim dan Pn. Lena Anggie