Mesyuarat Core Group Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi Bil 1.2020

Mesyuarat Core Group Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi Bil 1.2020

Unit Perancangan Geosains JMG Ibupejabat dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa (JK) Teknikal Core Group Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi Bil 1/2020 yang dijalankan secara hybrid (fizikal dan atas talian) dipengerusikan oleh Pengarah Perancangan dan Pengurusan JMG dari 14 – 15 Julai 2020 bertempat di JMG Perak Ipoh.

Baca selanjutnya

PROGRAM LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, BELIA & SUKAN JOHOR KE TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN

PROGRAM LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, BELIA & SUKAN JOHOR KE TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN

Mersing, 18 Julai 2020 - Baru-baru ini, satu program lawatan kerja rasmi YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor ke Taman Negara Endau Rompin bagi melihat sendiri keindahan Mersing tercinta dibahagian hutan belantara yang sangat istimewa. Program ini  telah memberi ruang kepada 'Team Mersing Geopark' terutama JMG Johor  untuk mempromosikan Mersing Geopark dalam program mereka dalam usaha untuk mengangkat Mersing sebagai sebuah Geopark Kebangsaan.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA PENGARAH JMG JOHOR KE LOMBONG BESI HONEST SAM

LAWATAN KERJA PENGARAH JMG JOHOR KE LOMBONG BESI HONEST SAM

Segamat, 16 Julai 2020 – Pengarah JMG Johor, Tuan Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah membuat lawatan kerja ke lombong besi Honest Sam di Chaah, Segamat baru-baru ini bagi melihat sendiri kerja-kerja pengauditan ‘Sustainable Development Indicators’ (SDI) yang dijalankan oleh pihak JMG Malaysia. Tujuan utama pengauditan ini dijalankan adalah untuk memastikan setiap lombong dan kuari yang beroperasi mengikut sop penjagaan alam sekitar bagi memastikan kelestarian alam sekitar bagi ekosistem dan persekitaran yang sihat diperlukan untuk kelangsungan hidup manusia dan organisma lain.

Baca selanjutnya

KUNJUNG HORMAT PENGARAH JAS MELAKA BERSAMA DELEGASI KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI SEMBILAN & MELAKA

KUNJUNG HORMAT PENGARAH JAS MELAKA BERSAMA DELEGASI KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI SEMBILAN & MELAKA

Seremban, 10 Julai 2020  -  Satu kunjungan hormat Pengarah JAS Melaka, Tuan Rosli Bin Haji Osman bersama pegawai-pegawai JAS Melaka terhadap Tuan Joanes Bin Muda, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Sembilan dan Melaka telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Jurassic JMG NSM. Seramai 8 orang pegawai JMGNSM dan 6 orang kakitangan JAS telah hadir di dalam perjumpaan ini. 

Baca selanjutnya