HARI KELUARGA JMG KELANTAN 2022

HARI KELUARGA JMG KELANTAN 2022

4  Mac 2022 (Jumaat)

Taklimat AKRAB telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Geosains, Encik Nurzaidi bin Abdullah bertempat di Sudara Beach Resort,Bachok Kelantan. Taklimat dihadiri oleh semua kakitangan JMG Kelantan.

5 Mac 2022 (Sabtu)

Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Kelantan telah menganjurkan Hari Keluarga JMG Kelantan 2022 bertempat di Sudara Beach Resort,Bachok Kelantan. Seluruh kakitangan JMG Kelantan telah hadir bagi memeriahkan Hari Keluarga ini. Disamping itu juga,sambutan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara keluarga kakitangan. Antara aktiviti hari keluarga ialah senamrobik, di mana ianya melibatkan semua kakitangan dan ahli keluarga.Sukaneka kanak-kanak, permainan yang disediakan ialah masuk air ke dalam botol dan memancing botol. Peserta yang menang akan diberi hadiah khas dan semua peserta kanak- kanak yang menyertai,dihadiahkan cenderahati. Bagi aktiviti dewasa,pertandingan bowling kelapa,makan buah secara berpasangan dan cucuk manik sahaja diadakan. Bagi memeriahkan lagi aktiviti hari keluarga,cabutan bertuah juga diadakan.

SUMBANGAN IHYA RAMADAN KKR JMGM PERAK KEPADA MASJID NEGERI

SUMBANGAN IHYA RAMADAN KKR JMGM PERAK KEPADA MASJID NEGERI

11 April 2022 (Isnin) : Biro Kebajikan Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah melancarkan tabung bagi mengumpul dana bagi disumbangkan kepada Masjid Negeri Perak. Tabung ini dilancarkan semasa Program Bacaan Yassin. Dana yang berjaya dikumpul diserahkan kepada wakil Masjid Negeri manakala wakil KKR ialah En. Farid Bin Zainudin (Naib Pengerusi I), Biro Kebajikan (En. Khalis Azfar Bin Bakar) dan Biro Sukan (En. Mohd Zaid Bin Aziz).

Lawatan Pengarah-pengarah JMG Malaysia

Lawatan Pengarah-pengarah JMG Malaysia

17 Februari 2022 (Khamis)

 Sempena Mesyuarat Pengarah-pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Kelantan,JMG Kelantan telah menganjurkan sebuah lawatan bagi memperkenalkan lagi keunikan Negeri Kelantan.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Rumah Atap Singgora,Masjid Ar-Rahman,Denai Kampung  Tengah dan Rumah Melayu Tradisional Kelantan.

Kilang Atap Singgora

Lokasi : Bachok,Kelantan

Pengusaha : Puan Noraini binti Jusoh

Kilang Atap Singgora merupakan pengusaha terakhir atap singgora di Malaysia,iaitu sebuah sunset industri yang menghasilkan produk yang unik. Atap singgora diperbuat daripada tanah liat pada awal tahun 60an. Proses pembuatan atap ini mengambil tempoh lama iaitu sehingga 3 bulan.

Untuk makluman juga,pengusaha kilang ini pernah menerima Anugerah Adiguru Kraf 2021 daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

 Masjid Ar-Rahman

Lokasi : Kampung Pulau Gajah,Sabak.Kelantan

Masjid Ar-Rahman adalah sebuah masjid yang dibina pada awal tahun 2016. Ia dibina menggunakan kayu dengan menerapkan hiasan binaan dari 4 buah negara luar iaitu,Indonesia,Maghribi,Yaman dan Turki. Pembinaan ini diadaptasikan dari seni tumpang sari daripada jawa dan menggunakan pengukir dari Jepara,Indonesia. Lebih 90% ukiran tangan diukur pada masjid dan separuhnya adalah ayat Al-Quran.

Denai Kampung Pulau Tengah

Lokasi : Kampung Pulau Tengah,Kelantan

Denai Sungai Pangkalan Datu,Kubang Kerian adalah antara projek Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dan merupakan tarikan terbaru di negeri Kelantan. Aktiviti utama denai ini ialah menyusuri sungai bermula dari jeti Pangkalan Datu hingga ke Masjid Ar-Rahman,Pulai Gajah dan memakan masa selama hampir 90 minit.Berbagai aktiviti dapat dilakukan sepanjang denai ini,contohnya berbasikal,berkelah dan berjongging.

 Rumah Melayu Singgora

Lokasi : Kampung Air Deras Pasir Hor.Kelantan

Pengusaha : Mohamad Salleh

                Rumah Melayu Singgora merupakan rumah traditional yang menggabungkan seni bina Kelantan dan Terengganu. Ianya terletak lebih kurang 4km dari bandar Kota Bharu  dan 10km dari Sungai Lubok Mulong. Uniknya rumah ini.Ianya dibina daripada kayu cengal lama dan juga menggunakan atap singgora. Rumah ini juga dijadikan Singgora Homestay bagi pengunjung yang ingin menginap dan menikmati suasana kampung serta juadah tradisi masyarakat Kelantan.

 

MAJLIS JASAMU DIKENANG

MAJLIS JASAMU DIKENANG

15 Februari 2022 (Selasa)

JMG Kelantan telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Hotel Grand Renai,Kota Bharu Kelantan pada jam 8.00 malam.

Majlis ini adalah bersempena dengan persaraan Tuan Haji Che Rahman bin Jaafar (Pengarah JMG Kelantan) dan Encik Hilary Muyan Nicholas Thomas (Pengarah JMG Sarawak).

Bagi menghargai kedua-kedua pengarah,JMG Malaysia telah berbesar hati memberi cenderahati dan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JMG Malaysia,Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi.

Sambil menjamu selera,majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Negeri Kelantan oleh penyanyi dari Negeri Kelantan yang dikenali sebagai Fendi Kenali dan Din Manja.

 “Selamat Bersara Tuan Haji Che Rahman bin Jaafar dan Tuan Hilary Muyan Nicholas Thomas”

Terima kasih diatas segala jasa selama berada dalam perkhidmatan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

AKTIVITI EKSPEDISI MENDAKI SAMBIL BELAJAR KE GUNUNG MANTAPOK NATURE RANAU/TELUPID PADA 31 MAC HINGGA 02 APRIL 2022

AKTIVITI EKSPEDISI MENDAKI SAMBIL BELAJAR KE GUNUNG MANTAPOK NATURE RANAU/TELUPID PADA 31 MAC HINGGA 02 APRIL 2022

RANAU (31 Mac – 02 April 2022) : Pendakian ini adalah merupakan salah satu aktiviti Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral & Geosains (KEM-G) yang telah dirancang bertujuan untuk memberikan kesedaran berterusan mengenai gaya hidup sihat disamping pembelajaran flora dan fauna khususnya di negeri Sabah ini.  Aktiviti seumpama ini juga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk nilai kerjasama yang jitu dikalangan warga JMG Sabah. 

Seramai 14 orang kakitangan JMG Sabah yang terdiri dari pelbagai gred telah terlibat dalam ekspedisi tersebut.  Beberapa aktiviti yang telah dijalankan seperti berkhemah, memancing, berkayak, menaiki ATV dan melawat air terjun Malas Kalas telah dilaksanakan.  Syabas! kepada peserta pejalan kaki (hikers) yang telah berjaya menyempurnakan misi menawan puncak Gunung Mantapok dengan ketinggian 1481M ASL, memetik kata-kata ChM. Dr. Morius Bantas yang turut terlibat dalam ekspedisi ini “saya sendiri tidak menyangka trail Mantapok antara yang paling extreme terutamanya hikers once in a blue moon seperti kita, kaki saya pun terasa cramp walaupun belum separuh pendakian” gambaran perasaan pendakian yang telah mereka lalui. 

kredit poster: Biro Publisiti KEM-G (En. Arif)