PERLAWANAN KAROM PERSAHABATAN

PERLAWANAN KAROM PERSAHABATAN

20 Januari 2022 (Rabu)

Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan telah mengadakan perlawanan karom persahabatan antara JMG Kelantan dan PPNK (Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan).

Perlawanan yang diadakan bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan.

Keputusan telah menyebelahi JMG dengan mata 4-2.

Cenderahati telah disampaikan oleh Tuan Timbalan Pengarah PPNK iaitu Encik Dick Khuzairiry bin Mohamad.

Perlawanan Karom Persahabatan.

Perlawanan  Karom Persahabatan.

20 Januari 2022 (Rabu)

Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan telah mengadakan perlawanan karom persahabatan antara JMG Kelantan dan PPNK (Pejabat Pembagunan Negeri Kelantan).

Perlawanan telah diadakan bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan.

Keputusan telah menyebelahi JMG Kelantan dengan mata 4-2.

Cenderahati telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah PPNK iaitu Encik Dick Khuzairiry bin Mohamad.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 04/2022 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 04/2022 JMGSWP

SHAH ALAM, 01 APRIL 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara hibrid. Majlis dimulakan tepat pada pukul 9 pagi dengan bacaan doa, nyanyian lagu negaraku, lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan sesi bacaan Yasin dan doa selamat.

Seperti biasa, agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMGSWP iaiti Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh dan warga jabatan telah diperkenalkan dengan kehadiran dua kakitangan baru iaitu En. Mat Wadi bin Ab Satar yang baru berpindah dari JMG Johor dan Cik Nurulain Syafira Adira bt. Abd Razak yang merupakan lantikan baru. Seterusnya warga jabatan disajikan dengan tayangan montaj bergambar aktiviti-aktiviti jabatan sepanjang bulan Mar 2022 sebelum diakhiri dengan sesi Perkongsian Ilmu yang sangat menarik dan bermanfaat, bertajuk "Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-Ree) di Malaysia" yang disampaikan oleh Encik Abdul hadi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Sumber Mineral.

LAWATAN TEKNIKAL KE KOLAM AIR PANAS DAN PUSAT TERAPI SEMULAJADI HULU TAMU BERSAMA JABATAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

LAWATAN TEKNIKAL KE KOLAM AIR PANAS DAN PUSAT TERAPI SEMULAJADI HULU TAMU BERSAMA JABATAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

HULU SELANGOR, 30 Mar 2022 - JMGSWP telah mengadakan lawatan teknikal bersama Jabatan Landskap Majlis Peerbandaran Hulu Selangor (MPHS) ke Kolam Air Panas, Kerling dan Pusat Terapi Semulajadi Hulu Tamu, Batang Kali bagi melihat keadaan air panas sebelum penyelidikan dan kajian terhadap fizikal serta sumber air panas dilaksanakan.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Wan Neqhaikal bin Wan Abdul Karim wakil daripada JMG berkenaan dengan teknikal air panas. Turut serta dalam lawatan ini ialah LAr Mohd Fadhil bin Mohd Lani, Pengarah Jabatan landskap MPHS, Ahli Majlis MPHS iaitu Puan Law Suet Peng, Encik Lee Man Wai, Encik Kanagaraja A/L Allagasen dan Encik Murali A/L Samee juga wakil daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS.