LAWATAN RASMI YANG BERHORMAT DATUK SERI TAKIYUDDIN

LAWATAN RASMI YANG BERHORMAT DATUK SERI TAKIYUDDIN

KOTA KINABALU, SABAH (01 APRIL 2022) : JUMAAT, Bersamaan hari Jumaat pukul 2.00 petang.

Lawatan Kerja Rasmi Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah.

YBM diiringi oleh Setiausaha Bahagian Geosains (Yang Berusaha Encik Nor Azmi bin Ahmad @ Mohamad), Ketua Pengarah JMG Malaysia (Yang Berusaha Tuan Hj. Hisamuddin bin Termidi), Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral (Yang Berusaha Encik Zamri bin Ramli).

Warga JMG Sabah amat mengalu-alukan kedatangan YBM ke JMG Sabah.

Antara tujuan utama YBM melawat ke JMG Sabah adalah melihat pergerakan dan pemantauan sesar aktif di negeri Sabah.

Dalam foto dibawah, Dr. Frederick F Tating (Menanggung Pengarah JMG Sabah) ada memberikan sedikit ringkas berkaitan tanah runtuh yang berlaku di Sabah terutamanya di kawasan daerah Ranau dan Sandakan, Sabah.

Manakala Encik Bailon Golutin memberikan serba sedikit penerangan berkaitan dengan penerimaan data sesar aktif dari dua lokasi yang berpotensi gegaran pergerakan sesar aktif di kawasan Ranau dan Lahad Datu, Sabah.

Data sesar aktif boleh di terima terus dari lokasi kejadian ke Bilik Gerakkan Pemantauan Sesar Aktif, JMG Sabah.

  • Sumber maklumat : FB Rasmi JMG Sabah
  • Sumber foto : Jurufoto JMG Sabah

 

Written by : Suriani Ramlee