Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG

Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG
Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada warga kerja JMG dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Aidilfitri adalah hari kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan.
Maaf Zahir dan Batin ๐ŸŒ™
Ucapan tulus ikhlas daripada:
YBrs. Encik Zamri bin Ramli
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
ย 

Sesi Libat Urus Pemurnian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030

Sesi Libat Urus Pemurnian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
Sesi Libat Urus Pemurnian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara Bil 1/2023 telah diadakan di Impiana Hotel, Ipoh dan dipengerusikan oleh En. Abdullah bin Hj. Sulaiman, Pengarah Perancangan dan Pengurusan JMG.
Sesi ini melibatkan kehadiran pelbagai pihak berkepentingan daripada peringkat persekutuan dan negeri seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Taman-Taman Sabah (Sabah Parks), Perbadanan Labuan (PL), Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Negeri Sarawak, Majlis Daerah Lenggong, JK Pelaksana Geopark, Jabatan Hutan Sarawak, Kementeian Ekonomi dan Perbadanan Taman Negeri Perak.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan input-input penambahbaikan berkaitan penyediaan kedua-dua pelan tersebut dan membincangkan perkara-perkara berbangkit.

Pertandingan Deko Raya 2023 JMG

Pertandingan Deko Raya 2023 JMG

Pihak Ibu Pejabat JMG mengadakan Pertandingan Deko Raya 2023 antara kawasan kerja. Kerjasama dan semangat semua peserta amat terserlah dan telah memeriahkan lagi suasana pejabat. Terima kasih pada semua peserta!

Kemeriahan suasana pada Hari Penjurian Pertandingan Deko Raya yang dipertandingkan mengikut kawasan kerja di Ibu Pejabat JMG ๐ŸŒธ๐ŸŒธ
Rasa-rasanya kawasan kerja mana yang akan merangkul kemenangan pada tahun ini?
Jawapannya.. kita tungguuuu semasa Majlis Sambutan Aidilfitri JMG nanti ๐Ÿ˜Ž

Lawatan Rasmi China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd

Lawatan Rasmi China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd
China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd telah mengadakan lawatan rasmi ke JMG baru-baru ini.
Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG, En. Zamri bin Ramli dan telah membincangkan potensi kerjasama pembangunan sumber mineral negara antara kedua-dua pihak.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi

Mesyuarat JK Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi (GKBG) Bil 1.2023 di Hotel Concorde, Shah Alam yang dipengerusikan oleh En. Abdullah bin Sulaiman, Pengarah Perancangan dan Pengurusan JMG, pada pagi ini (7 April 2023) membincangkan hal-hal berkaitan bencana geologi dan mengkoordinasi gerak kerja dan isu pelaksanaan aktiviti kumpulan teras ini bagi Tahun 2023.

CCOPโ€™s 80th Steering Committee Meeting

CCOPโ€™s 80th Steering Committee Meeting
CCOPโ€™s 80th Steering Committee Meeting
๐Ÿ“Pulau Jeju, Republik Korea.
๐Ÿ“† 4 - 6 April 2023
YBrs. En. Zamri Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG dan En. Abdul Rahim Harun, Timbalan Pengarah Geosains mewakili JMG bagi menghadiri mesyuarat ini.
Semoga kerjasama antara negara-negara yang terlibat dalam CCOP terus erat bagi membangunkan bidang geosains di rantau ini.
๐Ÿ“Œ CCOP - Coordinating Committee for Geoscience Programmes in East and Southeast Asia
Jom Like, Follow, Share dan Comment FB JMG ๐ŸŒ
Happy Geologist Day โš’

Hari Ahli Geologi Sedunia 2023

Hari Ahli Geologi Sedunia 2023
Hari ini, merupakan hari istimewa bagi Ahli Geologi di seluruh pelosok dunia atau dikenali sebagai Hari Ahli Geologi Sedunia 2023 bagi meraikan dan mengiktiraf sumbangan ahli geologi dan ahli geosains di seluruh dunia.
Hari ini telah khaskan menjadi budaya untuk meraikan, mengiktiraf dan memperingati sumbangan dan peranan ahli geologi dan ahli geosains; tak kira dalam apa jua cabang geologi dan geosains, di mana jua berada.
โ€˜Selamat Hari Ahli Geologi Sedunia 2023โ€™ kepada semua rakan rakan ahli geologi samada di JMG, IGM, GSM, BOG, MyGeo, IQM, Malaysian Chamber of Mines, di jabatan dan agensi kerajaan juga di pihak bukan kerajaan.