Lawatan Rasmi China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd

Lawatan Rasmi China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd
China Nonferrous Metals (Guilin) Geology and Mining Co. Ltd dan Southern Alliance Mining Ltd telah mengadakan lawatan rasmi ke JMG baru-baru ini.
Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG, En. Zamri bin Ramli dan telah membincangkan potensi kerjasama pembangunan sumber mineral negara antara kedua-dua pihak.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi

Mesyuarat JK Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi (GKBG) Bil 1.2023 di Hotel Concorde, Shah Alam yang dipengerusikan oleh En. Abdullah bin Sulaiman, Pengarah Perancangan dan Pengurusan JMG, pada pagi ini (7 April 2023) membincangkan hal-hal berkaitan bencana geologi dan mengkoordinasi gerak kerja dan isu pelaksanaan aktiviti kumpulan teras ini bagi Tahun 2023.

CCOP’s 80th Steering Committee Meeting

CCOP’s 80th Steering Committee Meeting
CCOP’s 80th Steering Committee Meeting
📍Pulau Jeju, Republik Korea.
📆 4 - 6 April 2023
YBrs. En. Zamri Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG dan En. Abdul Rahim Harun, Timbalan Pengarah Geosains mewakili JMG bagi menghadiri mesyuarat ini.
Semoga kerjasama antara negara-negara yang terlibat dalam CCOP terus erat bagi membangunkan bidang geosains di rantau ini.
📌 CCOP - Coordinating Committee for Geoscience Programmes in East and Southeast Asia
Jom Like, Follow, Share dan Comment FB JMG 🌏
Happy Geologist Day ⚒

Hari Ahli Geologi Sedunia 2023

Hari Ahli Geologi Sedunia 2023
Hari ini, merupakan hari istimewa bagi Ahli Geologi di seluruh pelosok dunia atau dikenali sebagai Hari Ahli Geologi Sedunia 2023 bagi meraikan dan mengiktiraf sumbangan ahli geologi dan ahli geosains di seluruh dunia.
Hari ini telah khaskan menjadi budaya untuk meraikan, mengiktiraf dan memperingati sumbangan dan peranan ahli geologi dan ahli geosains; tak kira dalam apa jua cabang geologi dan geosains, di mana jua berada.
‘Selamat Hari Ahli Geologi Sedunia 2023’ kepada semua rakan rakan ahli geologi samada di JMG, IGM, GSM, BOG, MyGeo, IQM, Malaysian Chamber of Mines, di jabatan dan agensi kerajaan juga di pihak bukan kerajaan.