PROGRAM PENYEDIAAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK JMG SARAWAK 2023

PROGRAM PENYEDIAAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK JMG SARAWAK 2023
KUCHING, 05 APRIL 2023 - Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sarawak dengan kerjasama seluruh kakitangan JMG Sarawak telah mengadakan program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan al Mubarak. Program ini diadakan di Blok A, JMG Sarawak bermula jam 7.30 pagi yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama kakitangan JMG Sarawak di samping mengisi aktiviti kerohanian dan amal kebajikan di bulan yang mulia ini. Bubur lambuk yang telah dimasak telah diagihkan kepada semua kakitangan JMG Sarawak dan juga masjid berdekatan. Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah JMG Sarawak, En Roslan Rajali dan Pengerusi BKKI JMG Sarawak, En Ir Juna Azleen Abd Ghani yang turut mengagihkan bubur lambuk kepada semua hadirin. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada Ramadan akan datang bagi mengeratkan lagi jalinan perhubungan di kalangan warga JMG Sarawak seterusnya dengan masyarakat setempat.

MESYUARAT PENYELARASAN BAGI PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN TERHADAP AKTIVITI PERLOMBONGAN HARAM UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIO AKTIF (NR-REE) DI NEGERI JOHOR BIL. 1/2023

MESYUARAT PENYELARASAN BAGI PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN TERHADAP AKTIVITI PERLOMBONGAN HARAM UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIO AKTIF (NR-REE) DI NEGERI JOHOR BIL. 1/2023

Johor Bahru, 06 April 2023 - Baru-baru ini, telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Bagi Pemantauan Dan Penguatkuasaan Terhadap Aktiviti Perlombongan Haram Unsur Nadir Bumi Bukan Radio Aktif (NR-REE) Di Negeri Johor Bil. 1/2023 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza JMG Johor.

Baca selanjutnya

Demonstrasi Ujian Membezakan REE Oksalat dan REE Karbonat

Demonstrasi Ujian Membezakan REE Oksalat dan REE Karbonat

IPOH,  April 2023: Hari ini telah diadakan demonstrasi ujian bagi membezakan antara REE Oksalik dan REE Karbonat di Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal khusus kepada pelajar-pelajar industri JMG Perak dan beberapa kakitangan makmal. Hasilnya amat positif dan semoga semuanya mendapat ilmu yang bermanafaat dari demonstrasi tersebut.

PERHIMPUNAN BULAN MAC 2023 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN MAC 2023 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK
KUCHING, 31 MAC 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.20 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan diketuai oleh En Ahmad Fikri Nasuha. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada warga JMG Sarawak yang beragama islam. Seterusnya, Pengarah juga telah mengambil peluang untuk menerangkan mengenai garis panduan tatacara pengurusan stor dan juga panduan pengemaskinian harta di dalam sistem HRMIS. Kemudian, beliau meneruskan ucapan dengan menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap Unit/aktiviti di JMG Sarawak. Seterusnya, Pengarah telah mengumumkan pegawai senior yang baru ditukarkan ke JMG Sarawak iaitu En Edward Anak Muol yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Geosains JMG Sarawak. Selain itu, JMG Sarawak telah menerima seorang pelajar latihan industri iaitu, Cik Olivia Eva Anak Apeng, yang merupakan graduan geologi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selamat datang dan selamat maju jaya diucapkan kepada mereka berdua. Di samping itu, JMG Sarawak juga bakal kehilangan seorang kakitangan iaitu En. Howard Dean Anak Hardin yang telah meletak jawatan. Selamat maju jaya diucapkan kepada En Howard pada masa hadapan. Akhir sekali Pengarah telah mengumumkan nama penerima APC bagi tahun 2022 JMG Sarawak yang berjumlah 9 orang. Tahniah diucapkan dan mereka akan diraikan pada perhimpunan bulan hadapan.