Kunjungan Pegawai Perhubungan Awam daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
PROGRAM SEKAMPIT BERAS, SEGUNUNG PAHALA 1444H DAN TABUNG INFAQ RAMADAN
11 April 2023 (Selasa) : Program Sekampit Beras, Segunung Pahala merupakan program tahunan KKR yang diadakan sepanjang Bulan Ramadan. Program ini bagi mengumpul sumbangan yang akan disedekahkan oleh ahli KKR kepada ahli KKR yang telah bersara. Sumbangan ini diberikan dalam bentuk barang keperluan dapur seperti beras, minyak, gula, tepung, beras dan lain-lain keperluan yang berkaitan. Ini juga sebagai salah satu cara menyantuni para pesara JMG Perak.
Audit SAMM MS ISO/IEC 17025:2017
IPOH, 11 April 2023: Hari ini sedang berlangsung Audit SAMM MS ISO/IEC 17025: 2017 yang dijalankan oleh Jabatan Standard Malaysia. Audit ini dijalankan selama dua hari dari 11-12 April 2023 bertempat di Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh. Sebanyak 42 skop analisis akan diaudit termasuk yang terbaru iaitu analisis Thorium dan Uranium di dalam sampel geologi. Semoga audit ini berjalan dengan lancar dan semoga berjaya.
SESI PEMBENTANGAN LAPORAN PENILAIAN GEOLOGI BAGI PROJEK KL NODE HIGHWAY
SHAH ALAM, JMGSWP - 10 April 2023 - Sesi perbincangan laporan penilaian geologi bagi cadangan projek Lebuh Raya KL NODE telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza. Perbincangan menfokuskan tentang keperluan teknikal dalam projek berkenaan selaras dengan hasrat pembangunan mampan. Perbincangan dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JMG Selangor/Wilayah Persekutusan, Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed.